Kiblat online : Cara Mengetahui Arah Kiblat

Arah kiblat adalah sangat penting bagi orang Muslim di seluruh dunia kerana ia membolehkan mereka menentukan arah solat dengan betul. Biasanya, di Malaysia, kebanyakan tempat penginapan dan hotel menyediakan arah kiblat. Namun bila anda melancong ke tempat asing, mungkin terdapat tempat yang tidak menyediakan arah kiblat.

Jadi, anda mungkin ingin tahu bagaimana cara menentukan arah kiblat. Di sini, kami akan berkongsi sedikit panduan tentang cara mengetahui arah kiblat.

Cara Mengetahui Arah Kiblat

Untuk makluman anda, terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengetahui arah kiblat, sama ada secara online atau dengan kaedah manual. Antaranya adalah:

1. Qibla Finder

  • Untuk permulaan, anda hanya perlu pergi ke Google dan cari “Qibla Finder.”
  • Sebaiknya, gunakan telefon mudah alih untuk memudahkan anda.
  • Kemudian, ikuti arahan yang tertera sehingga anda dapat melihat paparan kompas di skrin.
  • Qibla Finder akan memberitahu secara automatik kedudukan menghadap kiblat yang betul.

2. Aplikasi TheNoor

Dengan teknologi canggih yang tersedia saat ini, menentukan arah kiblat telah menjadi lebih mudah melalui aplikasi Islamik seperti TheNoor.

  1. Muat turun aplikasi TheNoor di telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, masuk aplikasi
  3. Tekan pilihan ‘Explore’ yang terdapat di bahagian bawah muka depan.
  4. Pada bahagian pilihan, tekan ‘Qiblah Compass’.
  5. Ia akan menunjukkan tanda arah kiblat melalui kompas digital.
  6. Hanya arahkan telefon anda ke arah kiblat, dan dari sana, anda dapat menentukan arah kiblat dengan tepat.

3. Aplikasi QalbyApp

Selain daripada aplikasi TheNoor, anda juga boleh menggunakan QalbyApp yang juga mempunyai ciri untuk mencari arah kiblat.

  1. Muat turun aplikasi dan buka aplikasi tersebut.
  2. Pada bahagian muka utama, sila pilih Qiblah’.
  3. Bila anda tekan, Ia akan menunjukkan kompas digital.
  4. Hanya arahkan telefon anda ke arah kiblat yang telah disediakan.

4. Menggunakan kompas

Anda boleh gunakan kaedah manual dengan kompas. Terdapat pelbagai jenis kompas yang mudah didapati dengan harga yang berpatutan di pasaran. Pastikan anda mempunyai kompas untuk memudahkan anda mengetahui arah kiblat.

Leave a Comment