Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP 2022 : Bantuan Barang Asasi

Bantuan Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP 2022 ini adalah bantuan yang diwujudkan bagi membolehkan penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP memberli barangan asasi mereka menerusi aplikasi Boost.

Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP bakal menerima bantuan bagi membeli barangan asasi yang berjumlah RM150 menerusi Kasih Asnaf Zero Hunger.

Bantuan ini juga akan disalurkan melalui penyaluran e-wallet menerusi aplikasi Boost.

Kadar Bantuan

Bantuan Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP 2022 akan diberikan kepada penerima berjumlah – RM150 / sebulan

Bantuan akan diberi melalui e-wallet Boost bagi memudahkan asnaf membeli barangan keperluan asasi.

Tarikh Semakan Dan Kemaskini

Semakan dan kemaskini boleh dibuat mulai 11 April 2022 dan penerima juga dijangka akan menerima bantuan ini pada 1 Jun 2022.

Syarat Kelayakan

Bantuan Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP adalah disediakan kepada mereka :

  • Penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP

Bagi mereka yang belum memerlukan bantuan sokongan untuk kehidupan, anda masih boleh membuat permohonan Bantuan Bulanan MAIWP yang dibuka sepanjnag masa. Bagi syarat kelayakan memohon adalah :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

Cara Tebus Bantuan Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP 2022

Berikut adalah perkongsian bagi cara dapatkan Bantuan Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP 2022 – Untuk bantuan barangan asasi.

  1. Penerima bantuan perlu hadir ke mana-mana saja Pusat Pusat Zakat MAIWP (PAZA) yang berdekatan:
    – PAZA Wilayah Persekutuan Putrajaya
    – PAZA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    – Kaunter MAIWP Labuan Ujana Kewangan
  2. Buat semakan dan kemaskini nombor telefon pemilik AKaun Boost. Pemilih No.Hp akaun Boost perlu hadir bagi pengesahan identiti
  3. Muat turun aplikasi Boost, Daftar Akaun Boost & membuat pengesahan identiti
  4. Selesai

Senarai PAZA & Kaunter Zakat

Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP 2022

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Kasih Asnaf Zero Hunger MAIWP 2022, sila layari laman web MAIWP di pautan ini = https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/

Soalan Lazim

Berapakah kadar bantuan yang diberikan bagi bantuan keperluan asasi ?

Kadar bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM150

Bilakah tempoh bagi menerima bantuan ini ?

Penerima dijangka akan menerima bantuan ini pada 1 Jun 2022.

Leave a Comment