Kadar Zakat Fitrah 2023 (Setiap Negeri)

Setiap individu Islam lelaki mahupun wanita yang mampu diwajibkan untuk membayar zakat fitrah yang harus dilaksanakan dalam bulan Ramadhan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Umat Islam disarankan untuk memastikan pembayaran zakat fitrah mereka kepada amil yang memiliki kad kuasa dan resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Sebaiknya zakat fitrah dikeluarkan di awal Ramadhan untuk diagihkan kepada golongan yang layak sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba.

Untuk pengetahuan, amaun bayaran Zakat Fitrah adalah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing iaitu berdasarkan satu gantang Baghdad yang setara dengan 2.7kg beras atau senilai dengannya.

Kadar Zakat Fitrah 2023 Setiap Negeri Di Malaysia

Senarai kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 1444H / 2023M yang disediakan adalah berdasarkan sumber rasmi daripada Majlis Agama Islam di setiap negeri, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut adalah senarai kadar harga Zakat Fitrah seluruh negeri di Malaysia yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.

Kadar Zakat Fitrah 2023 (Setiap Negeri)
  1. Perlis = RM7
  2. Kedah = RM6.50, RM7, RM14, RM21
  3. Pulau Pinang = RM7, RM 13, RM20
  4. Perak = RM7, RM14, RM21
  5. Selangor = RM7, RM14, RM21
  6. Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Labuan – RM7, RM14, RM21
  7. Negeri Sembilan = RM7, RM10, RM21
  8. Melaka = RM7, RM14, RM21
  9. Johor = RM7, RM13
  10. Pahang = RM7, RM14, RM21
  11. Terengganu = RM8, RM10, RM24
  12. Kelantan = RM7, RM14, RM 21
  13. Sarawak = RM7
  14. Sabah = RM7

Hukum zakat fitrah ialah wajib ke atas Muslim dengan syarat seperti berikut:

  1. Beragama Islam (bukan murtad)
  2. Berakal
  3. Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal

Syarat-Syarat Zakat Fitrah

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah

Antara waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5 iaitu :

  • Waktu wajib – Apabila terbenam matahari di akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu sunat – Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh – Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
  • Waktu haram – Selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Leave a Comment