IDME MOE : Login Sistem Pengurusan Identiti

Apa Itu IdMe ?

Sistem Pengurusan IDentiti (IdMe) adalah sistem yang berfungsi sebagai pusat utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini melibatkan kakitangan dari Kementerian/Agensi/Institusi Swasta lain, pelajar, ibu bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi, dan orang awam.

setiap kelayakan pengguna, peranan pengguna akan diberikan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem. Komponen ini dianggap sebagai elemen utama dalam mekanisme Single Sign-On (SSO), yang pada dasarnya akan memudahkan proses autentikasi pengguna ke IdMe dari sistem luar, dengan maksud untuk menghindari duplikasi kelayakan pengguna di pelbagai platform.

Cara Daftar IdMe

Untuk mendaftar ke sistem ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari laman web https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik pada “Daftar Baru”
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta
    • Maklumat yang diberi tanda (*) adalah maklumat yang wajib diisi
  4. Tandakan kotak dengan klik pada checkbox, dan masukkan captcha yang ditulis dalam ruang yang disediakan
  5. Tekan butang ‘Daftar’ untuk menghantar maklumat pengguna atau tekan butang ‘Reset’ untuk mengosongkan semula maklumat pengguna
Login IdMe
Daftar Pengguna

Login IdMe Online

Untuk login masuk ke IdMe ini, berikut adalah cara-caranya:

  1. Layari laman web https://idme.moe.gov.my/login
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Klik pada butang “Daftar Masuk”
  4. Tandakan kotak dengan klik pada checkbox, dan masukkan kata laluan yang telah disediakan
  5. Kemudian, klik “Daftar Masuk”

Cara Tambah Maklumat Anak Di IdMe

Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan maklumat anak dalam idME, anda boleh ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan di bawah ini.

  1. Buka laman web https://idme.moe.gov.my/login
  2. Sila daftar masuk ke akaun anda
  3. Di menu utama, klik pada Dashboard, kemudian pilih Pengurusan Awam.
  4. Klik pada Pengurusan Profil, lalu pilih Maklumat Anak Jagaan.
  5. Klik “Tambah Anak”. Kemudian, tekan kotak biru (klik untuk maklumat terperinci) dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  6. Di bahagian maklumat vaksin, masukkan data mengenai vaksin yang telah diterima.
  7. Setelah anda selesai, klik pada butang Simpan.

Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Comment