Permohonan GKP Tambahan RM1000 Kepada PKS Tahun 2021

800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) akan menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan sebanyak RM1000 di tahun 2021 ini.

GKP tambahan tersebut diumumkan semasa pngumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021 lalu.

Perdana Mentri dalam ucapannya berkata kerajaan bercadang meluaskan bantuan GKP Tambahan ini kepada 500,000 PKS yang berada di dalam negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kesemuanya 7 buah negeri.

Bagi negeri yang lain , bantuan sebanyak RM500 diberikan sebagai GKP Tambahan.

DIterangkan lagi, jika dalam tempoh tersebut ada negeri yang bertukar status ke zon merah, maka bantuan tambahan juga akn diberikan kepada PKS yang berada di dalam zon tersebut.

Selain pengumuman GKP, PM turut mengumumkan berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dan pemabayaran BPN 2.0 yang diawalkan.

Permohonan GKP Tambahan 2021

Setakat ini, belum ada info mengenai cara permohonan serta tarikh pembayaran bantuan ini. Kami akan mengemaskini maklumat permohonan ini di sini.

Berapakah jumlah GKP Tambahan?

RM1000

Berapakah jumlah jika PKS di zon bukan merah?

RM500

Leave a Comment