GKP Tambahan atau GKP Permai adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang telah disediakan oleh kerajaan kepada Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0 ) sebelum ini.
GKP Tambahan ini juga bertujuan untuk meringankan lagi beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan
Seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia Permai, Kerajjn akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM 1000.
Buat semakan status permohonan BPR dengan layari SEMAKAN BPR 2021: KEMASKINI DAN DAFTAR
GKP Permai – Permohan dan Semakan GKP Tambahan 2021
Untuk makluman semua, tiada permohonan perlu dibuat, kerana bantuan pada kali ini menggunakan data daripada GKP sebelum ini.
Bagi penerima GKP (1.0 dan 2.0) , maka tiada lagi permohonan yang perlu dibuat. Anda hanya perlu menunggu untuk bantuan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mac 2021.
Bagi yang ingin mebuat semakan, anda boleh terus layari link ini = https://gkp.hasil.gov.my/
Syarat Kelayakan Untuk Mendapat GKP Tambahan ?
GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
Bagi makluman sekali lagi, bantuan ini kepada mereka tidak lagi perlu mendaftar semula dan bantuan RM1000 ini juga akan terus dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Ia agak berbeza dengan GKP sebelum ini. Jika diteliti GKP 1.0 dan 2.0 syarat-syaratnya adalah :
- Bukan penerima GKP sebelum ini
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro seperti berikut ;
i.) Jumlah jualan atau perolean tahunan kurang daripada RM300,000
ii.) Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik. - Berdaftar dengan agensi-agensi berikut ;
i.) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),
ii.) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
Jika anda adalah seorang guru, jangan lupa kemaskini data murid di APLIKASI PANGKALAN DATA MURID 2021.
Soalan Lazim
Apakah yang deimaksudkan dengan GKP Tambahan ?
GKP Tambahan atau GKP Permai adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang telah disediakan oleh kerajaan kepada Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) mikro.
GKP Tambahan ini juga bertujuan untuk meringankan lagi beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan
Bilakah tarikh pembayaran akan dibuat ?
Pembayaran akan dibuat pada bulan Mac 2021.
Apakah ada sebarang permohonan lagi perlu dibuat ?
Tiada sebarang permohonan dilakukan.
Berapakah nilai bantuan GKP permain Tamabahan 2021?
Bantuan GKP Permai akan diagihkan ahli perniagaan kecil dan sederhana. RM 1000 bagi PKS yang berada di dalam PKP. Manakala RM500 bagi negeri lain.
Ingin tahu cara semak wang tak dituntut? Layari: EGUMIS: SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT.