KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew akan bermula dari 27 hingga 30 September depan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.
Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman ACP A Skandaguru dalam kenyataan malam ini berkata Ebit Lew, 37, menghadapi 11 pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Pada Februari lepas, Ebit Lew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tenom atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.
Beliau dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.
— BERNAMA