Setiap tahun saat bulan Syaaban tiba, seharusnya kita menjalankan ibadah puasa sunat di bulan ini. Malam Nisfu Syaaban memiliki banyak kelebihan bagi semua umat Islam kerana merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat. Salah satunya adalah waktu yang amat baik untuk untuk berdoa. Oleh itu, kita sangat digalakkan untuk banyak berdoa pada waktu tersebut.
Apakah Nisfu Syaaban
Malam Nisfu Syaaban, yang berasal dari perkataan “nisfu” yang bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15. Ia adalah malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Malam Nisfu Syaaban memiliki banyak kelebihan. Antara kelebihannya, malam ini adalah saat terbukanya pintu langit dan malam di mana doa-doa dikabulkan.
Doa Nisfu Syaaban
Antara doa nisfu syaaban adalah seperti berikut:
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”
Senarai Doa Nisfu Syaaban
Di bawah ini kami kongsikan beberapa senarai doa Nisfu Syaaban yang boleh anda gunakan. Mari kita berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan yang baik dan berterusan, supaya kita dapat beribadah kepada-Nya.
1. Doa Memohon Keampunan Bagi Kedua Ibu Bapa
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” (Surah Ibrahim 14: 41).
2. Doa Memohon Rahmat Daripada Allah SWT
رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.” (Surah al-Mukminun 23:109).
3. Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Ketaatan
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” (Surah Ali ‘Imran 3: 8).
4. Doa Agar Menjadi Hamba-Nya Yang Sentiasa Bersyukur
رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah al-Naml 27: 19).
5. Doa Dijauhi Rasa Hasad Dengki
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang. (Surah al-Hasyr 59:10).