Doa Buka Puasa Serta Maksud (Baca Sendiri Dan Ramai)

Seperti yang kita tahu Puasa adalah salah satu rukun Islam iaitu satu kewajipan bagi umat islam dibulan Ramadhan untuk berpuasa.

Doa Buka Puasa Serta Maksudnya

Berikut adalah panduan dan cara lengkap doa buka puasa atau doa berbuka puasa yang dapat kami kongsikan serta maksudnya. Ikuti doa dibawah ini untuk doa buka puasa sendiri dan ramai-ramai.

Doa Buka Puasa Sendiri

Doa berbuka puasa sendiri

Doa Buka Puasa Beramai-ramai

Doa buka puasa beramai-ramai
Rumi : Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksud doa buka puasa:
Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Sunnah Ketika Berbuka

1. Berdoa sebelum berbuka

Adalah mustajab doa ketika berdoa sebaik sebelum berbuka puasa. Nabi SAW bersabda:

“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” Hadis Riwayat At Tirmidz

Waktu-waktu seperti ini adalah kesempatan yang sangat berharga untuk kita berdoa dan beribadah kepada Allah SWT bagi mereka yang telah seharian berpuasa. Alangkah ruginya jika tidak berdoa waktu ini. Anda hanya perlu luangkan beberapa minit sahaja untuk bermunajat kepada Allah SWT.

2. Segerakan Berbuka Puasa

Walau sejauh mana dan sesibuk mana pun kita pada ketika itu, perlunya untuk kita berbuka puasa dengan kadar yang segera ketika telah masuk waktunya.

3. Bukalah puasa dengan Kurma dahulu

Bebuka puasa dengan kurma terlebih dahulu adalah salah satu sunnah yang baik ketika berbuka puasa. Ia dapat mengelakkan seseorang itu kekenyangan sehingga mengganggu kenyamanan ketika melakukan solat. Ketika seseorang itu terlalu kenyang akan menyebabkan dia mengantuk dan kurang fokus saat solat.

4. Minumlah air

Selepas berbuka puasa, minumlah air dengan jumlah yang cukup. Hal ini kerana puasa dari pagi hingga petang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi.

Dengan meminum air, seseorang dapat menghindari masalah dehidrasi dan merasa kenyang, sehingga dapat membantu dalam mengurangi keinginan untuk makan terlalu banyak.

Leave a Comment