DELIMa : Login Aplikasi DELIMa 2.0 KPM

Untuk memenuhi tuntutan semasa, DELIMa telah ditingkatkan dengan mengintegrasikan tiga aspek penting: pembelajaran peribadi, peningkatan pengalaman pengguna, dan penggunaan analisis data.

Dengan peningkatan ini, platform tersebut telah menjadi lebih maju dan memberikan manfaat yang lebih besar kepada semua pengguna.

Di sini, kami akan membincangkan cara untuk log masuk DELIMa 2.0 KPM ini bagi anda yang belum tahu.

Apakah DELIMa 2.0 KPM?

DELIMa, singkatan bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia yang merupakan satu platform pengurusan pembelajaran dalam talian yang membolehkan pelajar-pelajar mengaksesnya dengan mudah melalui akaun Google mereka.

Platform ini diperkenalkan sejalan dengan Revolusi Perindustrian 4.0. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), telah mengambil inisiatif untuk menerapkan inovasi sebagai elemen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Melalui langkah ini akan mendorong perkembangan budaya inovasi, khususnya di kalangan pelajar, yang merangkumi aspek-aspek seperti penciptaan bahan pengajaran, teknik pengajaran dan pembelajaran, serta penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

Sumber Pendidikan DELIMa 2.0

Dalam platform ini, guru dan murid boleh dengan mudah mengakses pelbagai sumber pendidikan, seperti:

  • Buku Teks Digital
  • Bahan Interaktif
  • Aktiviti Pengajaran
  • Pusat Sumber
  • Sumber Rujukan PdP
  • Aplikasi Pengajaran
  • Ruang Ilmu
  • Pembelajaran Hibrid
  • Pembelajaran Digital/PdPR
  • Portal JPN
  • Peraduan
  • DELIMa Certified Training Programme
  • Tonton DiDik TV
  • Pembangunan Profesional Guru
  • Rakan DELIMa

Cara Login DELIMa 2.0

Untuk log masuk ke DELIMa 2.0, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web yang disediakan di pautan https://d2.delima.edu.my/login.
  2. Sila tandakan pada kotak  ‘Accept Terms & Conditions’.
  3. Kemudian, klik pada ‘Click Here To Login’.
  4. Setelah itu, pilih “Google Account”
  5. Sila masukkan Username dan Kata Laluan yang telah diberikan oleh sekolah.

Secara keseluruhannya, DELIMa adalah satu inisiatif yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan dalam format digital. Ini akan menjadikan pengalaman guru dan pelajar lebih mudah, dengan menyediakan satu platform digital yang merangkumi pelbagai aspek pembelajaran.

Leave a Comment