Cuti Bersalin Kerajaan Berapa Bulan ?

Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelumnya ditangguhkan, akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2023 .

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar menyatakan walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan, namun terdapat juga keperluan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.

Pada 26 Ogos lepas, Datuk Seri M. Saravanan yang ketika itu menjabat sebagai Menteri Sumber Manusia telah mengumumkan penangguhan penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 September lepas kepada 1 Januari 2023.

Cuti Bersalin Kerajaan

Perlaksanaan pindaan akta ini, yang membawa kepada penambahan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari bermula Januari nanti, tentunya membuat ramai di kalangan wanita yang telah berkahwin gembira.

Kerja kerajaan mempunyai banyak faedah dan kebaikan. Di Malaysia, kerajaan memberikan keutamaan kepada wanita untuk memastikan mereka mendapat keselesaan semasa bersalin dan selepasnya, terutama pada peringkat awal selepas kelahiran.

Fakta Penting

  1. Kakitangan kerajaan wanita ada hak untuk menikmati tempoh dan jumlah cuti bersalin selama 360 hari sepanjang mereka bekerja dengan kerajaan Malaysia.
  2. Cuti bersalin kakitangan kerajaan mestilah sekurang-kurangnya 60 hari hingga 90 hari maksimum untuk setiap kelahiran.
  3. Anda boleh mula bercuti 14 hari lebih awal dari jangkaan tarikh kelahiran anak bayi anda.
  4. Dalam masa anda bercuti, anda akan menerima bayaran gaji penuh sepanjang cuti tersebut.
  5. Anda masih dibenarkan untuk bercuti selepas tempoh cuti anda berakhir, namun tanpa bayaran gaji.
  6. Anda tetap akan diberikan cuti dengan syarat anda telah mengandung sekurang-kurangnya 22 minggu lamanya.

Hak Pekerja Yang Perlu Anda Tahu

Antara pindaan yang dilakukan dari Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) Berkuatkuasa 1 Januari 2023 adalah termasuk :

  • Pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu
  • Penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari
  • Kenaikan cuti paterniti daripada tiga hari kepada tujuh hari
  • Individu bergaji RM1500 sampailah RM4,000, semua akan dapat OT bila jam bekerja lebih dari jam bekerja normal.
  • Jika berkerja secara shift, tidak dibenarkan kerja melebihi 12 jam sehari
  • Larangan diskriminasi dalam pekerjaan.
Cuti Bersalin kerajaan

Leave a Comment