Contoh Silp Gaji (Boleh Buat Sendiri)

Untuk individu yang bekerja secara sendiri atau mempunyai bisnis sendiri adalah penting untuk mencipta slip gaji untuk dijadikan sebagai rujukan. Dalam slip gaji perlu ada maklumat yang lengkap dan tepat agar dapat digunakan sebagai bukti pembayaran gaji.

Apa Itu Slip Gaji ?

Slip gaji dianggap sebagai satu bentuk tanda bukti untuk gaji atau pembayaran yang diterima oleh pekerja. Kepentingan slip gaji adalah untuk memberikan kejelasan mengenai jumlah gaji yang diterima daripada syarikat atau tempat kerja. Bagi penjawat awam, mereka mempunyai sistem epenyata gaji sendiri yang dapat digunakan tetapi bagi pekerja sendiri ia tidak mempunyai sistem yang serupa.

Maklumat Yang Perlu Ada Dalam Slip Gaji

Antara maklumat yang perlu ada pada slip gaji adalah seperti berikut :

Maklumat syarikatButiran syarikat seperti nama, nombor pendaftaran serta alamat syarikat
Maklumat pekerjaButiran penting seperti nama lengkap, nombor kad pengenalan, dan jawatan dalam syarikat perlu dimasukkan di dalam slip gaji.
Maklumat gajiJumlah gaji pokok, elaun, caruman EPF, SOCSO dan butiran lain
Cop SyarikatSlip gaji juga perlu disahkan dengan cop syarikat sebagai pengesahan

Cara Buat Slip Gaji Sendiri

Berikut merupakan panduan untuk membuat slip gaji bagi individu yang bekerja sendiri atau mempunyai bisnes sendiri.

  • Perlu mendaftarkan bisnes dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Adalah penting untuk membuat cop rasmi bagi bisnes yang akan digunakan untuk semua tujuan rasmi.
  • Buka Akaun Semasa syarikat di bank pilihan anda.
  • Gaji yang diinginkan harus ditetapkan mengikut kemampuan syarikat
  • Daftar syarikat kita dengan KWSP dan buat caruman KWSP untuk diri sendiri. Buat masa sekarang, caruman sendiri 11%, dan caruman majikan 13%
  • Slip gaji sendiri perlu dibuat setiap bulan dan boleh mengikuti format slip gaji mana-mana yang sesuai.
  • Membuka fail dengan LHDN bagi syarikat sendiri dan juga menyediakan fail cukai pendapatan peribadi.

Cara Buat Slip Gaji Online

Untuk membuat slip gaji secara online, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah.

  • Layari laman web https://paysliper.com/
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  • Klik ‘Save’
  • Kemudian cetak slip gaji tersebut dengan klik ‘Print’ dan ‘Download’

Contoh Slip Gaji

Contoh Slip Gaji

Leave a Comment