Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda contoh karangan ulasan untuk sekolah menengah dan rendah serta tip-tips menulis ulasan dan juga formatnya.
Apa itu ulasan ?
Ulasan itu adalah soalan pemindahan maklumat daripada pelbagai bentuk bergambar kepada maklumat bertulis. Dan bentuk ulasan ini ada pelbagai bentuk seperti poster, info grafik, graf, iklan, carta dan lain-lain.
Format Ulasan Bahasa Melayu PT3
- Jumlah patah perkataan 80-100 patah perkataan
- Masa menjawab 20 minit
- Bilangan perenggan hanya satu perenggan sahaja
Cara Untuk Menulis Ulasan PT3
Untuk membuat ulasan yang efektif, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti isi tersurat dan tersirat yang terkandung dalam sumber informasi yang diberikan. Kedua aspek tersebut perlu dimasukkan dalam ulasan yang ditulis.
Isi tersurat adalah maklumat bertulis yang terdapat dalam gambar. Manakala isi tersirat ialah isi lain, selain yang terdapat dalam gambar tapi berkaitan dengan info yang diberikan.
Tips Menulis Contoh Ulasan PT3
- Anda perlu membaca soalan sebaik mungkin dan perhatikan dengan baik terhadap bahan rangsangan yang diberikan termasuk gambar, teks dan rajah yang disediakan.
- Ulasan mesti ditulis dalam bentuk satu perenggan sahaja dan bukannya dalam bentuk isi atau poin.
- Pastikan menggunakan penanda wacana dalam setiap perenggan. Jangan dibiarkan sampai terlupa untuk digunakan dalam perenggan karangan anda.
- Jangan lupa untuk tulis jumlah patah perkataan pada bahagian bawah sebelah kanan. Ramai yang terlepas pandang dan terlupa untuk menulisnya.
- Anda perlu sertakan isi tersurat dan tersirat dalam satu perenggan yang sama.
- Hindari kesalahan tatabahasa dan ejaan yang mungkin terjadi dalam penulisan ulasan anda.
Contoh Jawapan Ulasan PT3
Berikut adalah contoh jawapan ulasan PT3.
Contoh karangan Ulasan Untuk UPSR
Karangan Ulasan merupakan soalan bagi bahagian B di mana terdapat 15 markah diperuntukkan dan waktu 25 minit. Jumlah patah perkataan yang digunakan untuk menjawab soalan ulasan ini adalah di antara 50-80 patah perkataan.
Ramai guru yang menganggap bahwa menjawab soal Membina Ulasan di dalam kertas Bahasa Melayu ini merupakan salah satu cara bagi murid untuk mendapatkan nilai yang tinggi.
Dibawah ini adalah contoh karangan ulasan untuk sekolah rendah.