CIMB Login Dan Cara Daftar Online Banking

Dengan kemajuan teknologi pada zaman kini, sekarang kita dapat menggunakan pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan perbankan internet. Seperti yang kita tahu, perkhidmatan perbankan internet melalui CIMB Click juga ditawarkan kepada semua pemilik akaun CIMB seperti yang biasa dilakukan oleh mana-mana bank di Malaysia.

Proses pendaftaran CIMB Clicks ini sangat mudah untuk dilakukan bagi pemilik akaun CIMB Bank. Di sini, kami akan kongsikan cara-cara untuk mendaftar.

Apa Itu CIMB Clicks ?

CIMB Clicks adalah platform moden yang membolehkan anda menjalankan transaksi kewangan secara atas talian dengan mudah. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna atau pelanggan untuk menguruskan akaun yang disimpan dalam akaun CIMB bank.

Dengan CIMB bank, anda boleh melihat maklumat akaun, membuat pemindahan wang, membuat pembayaran dan lain-lain.

Anda boleh mengakses CIMB Clicks melalui laptop atau telefon bimbit, tetapi anda perlu pastikan capaian Internet anda baik.

Cara Daftar CIMB Online Banking

Sebelum mendaftar perbankan dalam talian CIMB, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

  1. Sila pergi ke cawangan CIMB Bank yang terdekat dengan lokasi anda.
  2. Masukkan kad dan nombor PIN
  3. Pada bahagian menu, pilih pendaftaran CIMB Clicks
  4. Daftarkan nombor telefon dan tetapkan 6 digit no PIN
  5. Selepas itu, anda perlu menetapkan kata laluan. Anda boleh mengubah kata laluan ini kemudian secara dalam talian
  6. Seterusnya, cetak resit sebagai bukti pendaftaran untuk rujukan anda.

Cara Aktifkan CIMB Clicks

Setelah proses pendaftaran nombor telefon anda selesai. Anda boleh mengaktifkan CIMB Clicks anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari laman web CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Pada bahagian menu, klik pada “Register for clicks”
  3. Kemudian, Pilih “CIMB ATM/DEBIT & Credit Card”
  4. Masukkan nombor kad ATM, nombor PIN anda dan tulisan CAPTCHA pada ruangan yang disediakan
  5. Sila tandakan pada kotak persetujuan Terma dan Syarat
  6. Tekan butang next
  7. Sila tunggu kod pengaktifan OTP dihantar ke nombor telefon anda
  8. Masukkan User ID dan kata laluan anda
  9. Isikan nama ibu, emel, dan juga kata laluan keselamatan
  10. Abaikan bahagian “Introducer’s Details”
  11. Klik butang I Agree & Submit
  12. Selesai

Cara Login CIMB Clicks

Setelah anda mendaftar secara oline, anda boleh terus login masuk ke akaun anda. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

  1. Layari laman web https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Klik pada login
  3. Masukkan User ID anda dan klik butang login
  4. Tandakan pada Kata Keselamatan yang anda tetapkan
  5. Seterusnya, masukkan kata laluan anda dan klik login
  6. Anda berjaya log masuk ke akaun CIMB Clicks anda.

Leave a Comment