Kejadian penipuan atau scam semakin kerap terjadi dan menyebar luas di seluruh dunia pada masa kini. Banyak dari penipuan tersebut melibatkan proses pembayaran melalui bank-in atau transfer online banking.
Hal ini disebabkan anda tidak bertemu secara langsung dengan penjual tersebut dan hanya diberikan nomor akaun bank, nomor telefon, dan nama pada akaun bank tersebut. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan semakan terhadap nombor akaun terlebih dahulu sebelum membuat transaksi. Di sini kami akan kongsikan cara untuk memeriksa nombor akaun bank scammer yang dapat membantu anda.
Apa Itu Scammer ?
Scammer adalah seorang individu yang melakukan penipuan untuk mendapatkan wang atau barang berharga dari korban. Pelaku dari tindakan tersebut dikenal sebagai scammer. Biasanya, tindakan kejahatan ini dilakukan oleh perusahaan, individu, atau kelompok yang terlibat dalam jaringan penipuan.
Cara Semak Nombor Akaun Bank Scammer
Sebuah portal telah disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di bawah PDRM bagi tujuan memeriksa nombor akaun bank yang dimiliki oleh scammer sebelum melakukan transaksi. Data-data tersebut dikumpulkan oleh pihak PDRM melalui laporan polis yang dibuat oleh pelapor. Jika terdapat laporan polis mengenai penipuan yang melibatkan nombor akaun bank, data akan dikeluarkan dalam portal tersebut. Namun, jika tidak ada laporan yang dibuat, maka data kes tidak akan tercatat dalam rekod portal tersebut.
Berikut adalah cara untuk membuat semakan akaun bank scammer tersebut.
- Layari laman web CCID portal di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/
- Terdapat 2 kategori untuk membuat semakan iaitu
- No akaun bank
- No telefon
- Salah satu daripada kategori di atas boleh anda pilih
- Seterusnya, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank individu yang ingin anda semak
- Klik “Semak maklumat”
- Maklumat akaun bank atau nombor telefon akan dipaparkan sama ada ia pernah dilaporkan sebagai scammer atau tidak.
Nota : Dinasihatkan agar tidak menganggap akaun bank atau nombor telefon yang tidak terdapat dalam rekod sebagai akaun yang selamat. Sentiasa berhati-hati dalam melakukan transaksi dan jika terdapat keraguan mengenai nombor akaun tersebut, disarankan untuk membuat laporan polis.