Cuaca di Malaysia sejak kebelakangan ini tidak menentu, sekejap panas sekejap hujan. Kadang-kadang cuaca menjadi sangat panas sepanjang hari sampai ke malam dan ini menyebabkan kita merasa tidak nyaman.
Dalam keadaan cuaca yang panas seperti ini, banyak orang sedang mencari cara untuk mendinginkan rumah mereka. Biasanya, orang akan memasang penghawa dingin atau aircond. Sistem ini tidak hanya agak mahal, tetapi juga akan menyebabkan peningkatan bil elektrik apabila digunakan.
Untuk mengatasi masalah tersebut, terdapat beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk memastikan kediaman anda tetap berasa sejuk.
Cara-Cara Sejukkan Rumah
Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh gunakan untuk sejukkan rumah anda.
1. Beli pelembap udara
Pelembap udara atau ‘humidifier’ boleh dibeli sebagai alternatif untuk mengatasi masalah tersebut. Ia tidaklah semahal ‘air-cond’ dan boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kelembapan udara dengan mengeluarkan titisan-titisan wap air. Selain itu, ia juga memberikan kesan wangi yang menyegarkan ruangan dan memberikan suasana yang hidup dan segar.
2. Halakan kipas ke arah tingkap
Apabila cuaca menjadi panas, bilik akan terasa berkuap atau bahang sepanjang hari. Angin kipas dalam bilik juga akan terasa panas kerana udara panas terperangkap di dalam bilik dan tidak dapat keluar. Walaupun kipas laju dipasang keadaannya tetap sama malah makin panas. Salah satu cara untuk mengurangkan udara panas dalam bilik ini adalah dengan menggunakan kipas berdiri.
Pasangkan kipas dan arahkan ke arah luar tingkap untuk sesaat. Tujuannya adalah agar udara panas dapat dikeluarkan.
3. Tanaman hijau
Ruang yang diisi dengan tanaman hijau biasanya akan terasa lebih sejuk kerana tanaman-tanaman tersebut menyerap udara panas secara semulajadi semasa proses fotosintesis. Tanaman dengan daun yang besar dan lebat serta memerlukan sinaran matahari harus dipilih dan ditempatkan berdekatan dengan tingkap. Selebihnya, biarkan proses semulajadi berfungsi.
4. Letak ais ketul dalam bilik
Anda perlu buat ais dalam plastik atau bekas, kemudian diletakkan dalam besen. Besen tersebut ditempatkan di tengah bilik tepat di bawah kipas. Jika menggunakan kipas berdiri, besen berisi ais tersebut perlu diletakkan di depan kipas.
Angin yang terkena ais akan menjadi lebih sejuk, sekaligus mengurangkan panas dalam bilik. Ais ketul yang ada di rumah boleh dicuba, letakkan di dekat kipas untuk hasil yang lebih baik.
5. Pasang langsir sesuai
Sinar matahari yang masuk ke dalam rumah mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan kita. Namun, tanpa disedari sinar matahari juga dapat meningkatkan suhu di dalam kediaman anda. Cara terbaik adalah dengan memasang langsir yang menggunakan fabrik anti tembus dan memilih warna terang. Hal ini akan membantu memantulkan kembali cahaya dan mengurangkan suhu di dalam bilik.
6. Letak besen air
Jika rumah anda tidak mempunyai ais, anda boleh menggunakan cara ini sebagai alternatif. Secara umumnya, bilik air biasanya akan terasa lebih sejuk berbanding dengan bilik-bilik lain di dalam rumah.
Hal ini disebabkan oleh adanya kolam air atau lantai yang basah dengan air yang menyebabkan ruangan tersebut terasa lebih sejuk. Jadi, cara ini boleh dicuba dengan meletakkan besen yang berisi air di dalam bilik atau ruang tamu. Besen tersebut akan menyerap udara dan haba yang panas di ruangan tersebut dan membantu menjadikannya lebih selesa.
7. Beralih tempat tidur
Berbaringlah di atas lantai selama beberapa minit jika tilam terasa panas dan tidak selesa. Setelah itu, kembali semula ke tilam.
8. Buka tingkap waktu malam
Untuk mengelakkan rasa panas pada malam hari, disarankan untuk membuka tingkap sebelum tidur. Hal ini disebabkan oleh udara yang biasanya lebih sejuk pada malam hari karena tidak ada sinar matahari. Ketika tingkap dibuka, udara sejuk dari luar akan dengan cepat masuk dan menggantikan udara panas dari siang hari.
Jika takut nyamuk masuk, kelambu boleh dipasang untuk menutup bahagian tingkap yang terbuka. Dengan itu, tidak perlu risau tentang nyamuk atau serangga. Yang penting anda dapat tidur lena.