Cara Reniew Lesen Memandu

Semua pemandu kenderaan bermotor perlu memperbaharui lesen memandu mereka. Bagi mereka yang lesen memandu hampir tamat tempoh, anda mungkin tidak tahu bahawa kini anda boleh memperbaharui lesen anda tanpa perlu keluar rumah. Anda tidak perlu beratur panjang menunggu giliran untuk dilayan di kaunter JPJ atau Pejabat POS.

Pengenalan

Lesen memandu dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang untuk memandu kenderaan seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Menurut undang-undang memandu di Malaysia, ujian memandu perlu diluluskan sebelum seseorang individu memperoleh lesen memandu. Pemegang lesen perlu sentiasa memastikan bahawa lesen mereka kekal aktif dan memperbaharuinya pada masa yang tepat untuk mengelakkan daripada dikenakan saman atau lesen mereka digantung. Terdapat beberapa cara yang mudah dan cepat untuk memperbaharui lesen memandu secara atas talian.

Cara Untuk Reniew Lesen Online

Terdapat 2 cara yang boleh anda gunakan untuk reniew lesen memandu secara online iaitu :

  1. MYSIKAP
  2. MYEG

1. Reniew Lesen Melalui MYSIKAP

Berikut adalah cara-cara untuk reniew lesen melalui MYSIKAP.

  • Log masuk ke lawan web https://public.jpj.gov.my/
  • Seterusnya, masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan Kod Sekuriti
  • Sila pilih menu “Lesen Memandu” di dalam portal tersebut
  • Pilih Pembaharuan Lesen Memandu
  • Sila buat pembayaran ( anda boleh menggunakan kad kredit atau FPX iaitu online banking.)
  • Sila semak dan buat pengesahan
  • Setelah transaksi berjaya, anda akan diarahkan kembali ke laman mySIKAP dan akan diberi notis untuk “mengambil lesen anda di JPJ”.
  • Selesai

Walau bagaimanapun, proses pembaharuan lesen melalui kaedah ini masih memerlukan pemegang lesen untuk mengambil lesen baru di kaunter JPJ.

2. Reniew Lesen Melalui MYEG

Anda disarankan menggunakan portal MYEG untuk memperbaharui lesen CDL anda jika anda ingin menerima lesen tersebut melalui penghantaran.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari laman web MYEG di pautan https://www.myeg.com.my/
  2. Jika anda menggunakan portal ini untuk pertama kalinya, sila daftar sebagai pengguna MYEG.
  3. Sila log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah anda daftarkan
  4. Pilih menu JPJ dan klik menu lesen memandu
  5. Sila baca terma dan syarat dan kemudian klik “proceed”.
  6. Jika anda ingin menghantar lesen terus ke rumah, sila isi maklumat penghantaran yang diperlukan.
  7. Sila semak semula maklumat sebelum meneruskan, dan anda juga boleh membuat pembayaran secara dalam talian.
  8. Setelah itu, runner MYEG akan melakukan penghantaran terus ke rumah anda dalam tempoh 4-5 hari.
  9. Selesai

Leave a Comment