Aspek kesihatan adalah penting dalam kehidupan kita kerana ia menunjukkan sama ada tubuh kita berada dalam keadaan yang baik atau tidak, dan keadaan tubuh yang tidak baik akan mempengaruhi sebahagian besar aktiviti harian kita.
Apa Itu BMI ?
Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan adalah merujuk kepada indeks berat badan dan ketinggian yang digunakan untuk mengira dan menilai berat badan seseorang dengan mengambil kira ketinggian mereka. Untuk mengira BMI, anda cuma perlu tahu berapa berat & tinggi.
Cara Kira BMI
Penggunaan formula BMI adalah sangat mudah, di mana hanya memerlukan maklumat berat badan dan ketinggian seseorang untuk mengira nilai indeks tersebut. Anda boleh gunakan formua di bawah :
Berikut adalah contoh pengiraan BMI.
- Berat Badan = 70kg
- Tinggi = 165cm = 1.65M
- Maka, BMI = 70kg / (1.65m x 1.65m) = 25.7
Untuk mengetahui kategori berat badan anda sama ada ideal atau tidak, sila rujuk kepada gambar di bawah.
Kategori BMI
Terdapat empat (4) kategori BMI menurut Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu:
Nilai BMI (kg/m2) | Kategori |
Kurang dari 18.5 | Kurang Berat Badan (Underweight) |
18.5 hingga 24.9 | Normal/Ideal |
5 hingga 30 | Lebih Berat Badan (Overweight) |
Lebih dari 30 | Obes |
Untuk makluman, kiraan BMI hanya sesuai bagi lelaki dan wanita dewasa yang berumur antara 18 hingga 64 tahun sahaja, dan tidak sesuai digunakan oleh golongan berikut :
- Ibu mengandung
- Kanak-kanak
- Individu yang sangat berotot (atlet, ahli bina badan)
- Warga tua yang sudah mengalami kehilangan jisim otot
Faktor Mempengaruhi BMI
Antara faktor yang mempengaruhi kiraan BMI seseorang adalah seperti berikut.
- Bentuk Badan
- Bagi seseorang yang mempunyai otot yang sangat berotot seperti ahli bina badan, kiraan BMI mungkin akan menunjukkan nilai yang tinggi kerana ia tidak dapat membezakan antara berat lemak atau berat otot (keduanya dianggap sebagai berat badan). Oleh itu, nilai BMI yang tinggi tidak semestinya menunjukkan bahawa individu tersebut mengalami obesiti.
- Struktur Tulang
- Nilai BMI yang tinggi mungkin akan diperoleh oleh individu yang mempunyai tulang yang padat dan berketumpatan tinggi atau struktur rangka yang besar, walaupun mereka tidak mengalami obesiti.