Cara Keluarkan Duit Tabung Haji

Pengeluaran duit daripada Tabung Haji (TH) boleh dilakukan dengan beberapa cara, sama ada secara manual di kaunter perkhidmatan Tabung Haji di cawangan terdekat atau secara online. Pengguna hanya perlu mendaftar ke dalam akaun peribadi mereka di portal Tabung Haji dan mengikuti arahan yang diberikan. Proses pengeluaran secara online membolehkan pengguna membuat pengeluaran dengan mudah dan cepat di mana sahaja mereka berada.

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji

Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh gunakan untuk keluarkan duit Tabung Haji, antaranya ialah :

Keluarkan duit Tabung Haji secara online

  • Kaedah ini membolehkan pengguna untuk tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter Tabung Haji dan tidak perlu lagi membuang masa menunggu giliran. Kini, pengguna boleh melakukan pengeluaran menggunakan smartphone atau komputer hanya di hujung jari.
  • Langkah pertama yang perlu diambil adalah membuat akaun perbankan internet/atas talian (online banking) di laman web rakan strategik TH seperti Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, dan CIMB. Laman rasmi untuk setiap rakan strategik ini :

Keluarkan Duit Tabung Haji Di Mesin ATM

  • Pengeluaran wang dari akaun Tabung Haji juga boleh dilakukan terus melalui mesin ATM tanpa perlu memindahkan wang ke mana-mana akaun bank. Walau bagaimanapun, caj sebanyak RM1 akan dikenakan untuk setiap pengeluaran.
  • Untuk menggunakan kaedah ini, akaun Tabung Haji (TH) perlu disambungkan dengan mana-mana akaun bank anda.
    1. Pergi ke mana-mana mesin ATM dan masukkan no pin.
    2. Pada menu utama, pilih “Tabung Haji (TH) / ASNB” dan kemudian pilih “Tabung Haji”
    3. Seterusnya untuk keluarkan duit, pilih “Pengeluaran Tunai”
    4. Pilih wang segera atau masukkan lain-lain amaun yang anda inginkan.
    5. Akhir sekali, jika sudah lengkap, tekan “Ya”.
    6. Selesai pengeluaran melalui mesin ATM.

keluarkan duit Tabung Haji di kaunter Tabung Haji

  1. Bawa kad pengenalan (MyKad)
  2. Isi borang
  3. Tidak perlu bawa buku
  4. Mulai tahun 2019 juga, anda tidak boleh kemaskini buku Tabung Haji.
  5. Pihak kaunter akan mencetak penyata ringkas
  6. Had maksimum pengeluaran tunai di kaunter Tabung Haji ialah RM10,000 (Sama juga seperti di Bank Islam dan Bank Rakyat)
  7. Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat Tabung Haji dan Pejabat Cawangan Tabung Haji melalui pindahan telegrafik.

Leave a Comment