Cara Daftar Peperiksaan STPM

Pendaftaran bagi pelajar sekolah swasta dan persendirian yang ingin menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2023 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendaftaran STPM 2023 bagi semua jenis calon boleh dilakukan secara atas talian melalui laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Apa Itu STPM

STPM ialah peperiksaan prauniversiti yang dilaksanakan oleh MPM, iaitu peperiksaan yang diduduki oleh pelajar Malaysia pada peringkat Tingkatan 6. Peperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti utama yang digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Tarikh Pendaftaran STPM Online

Pendaftaran STPM secara online untuk tahun 2023 boleh dilakukan oleh calon sepanjang tempoh pendaftaran berlangsung iaitu pada:

  • Tarikh Buka : 3 Januari 2023 (Selasa)
  • Tarikh Tutup : 24 Januari 2023 (Selasa)
Cara Daftar Peperiksaan STPM

Cara Mendaftar STPM Online

Berikut adalah cara pendaftaran secara online bagi calon sekolah kerajaan, sekolah swasta, dan persendirian untuk STPM tahun 2023:

  1. Buka laman web https://daftarstpm.mpm.edu.my/
  2. Tekan pada bahagian permohonan pendaftaran STPM
  3. Setelah itu, pilih jenis pengenalan diri dan masukkan no kad pengenalan
  4. Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan
  5. Maklumat peperiksaan perlu dimuat naik
  6. Klik pada butang “Hantar Pendaftaran”.

Kadar Bayaran Peperiksaan STPM

  • Bayaran asas : RM120.00
  • Bayaran setiap mata pelajaran : RM90.00
  • Caj mengulang peperiksaan bertulis per kertas : RM50.00

Pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan internet sahaja.

Nota :

  • Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (calon jenis 1, 7, dan 8) dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan (Bayaran asas dan bayaran setiap mata pelajaran).
  • Bagi calon sekolah swasta (calon jenis 2) dan calon persendirian individu (calon jenis 3), bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet.

Untuk info yang lebih lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan STPM 2023, anda boleh layari laman web rasmi MPM di https://www.mpm.edu.my/. Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat membantu ada untuk mendaftar peperiksaan STPM.

Leave a Comment