Cara Daftar Netflix

Seperti yang kita sedia maklum, Netflix adalah platform streaming yang paling popular di Malaysia. Netflix merupakan satu perkhidmatan streaming yang membolehkan pengguna menonton rancangan TV dan filem tanpa iklan melalui peranti yang disambungkan ke internet. Contohnya K-drama, filem dokumentari, siri TV dari Amerika Syarikat, Bollywood hingga anime, anda pasti tidak akan bosan dengan pelbagai rancangan menarik yang terdapat di Netflix.

Netflix sentiasa berkomitmen untuk menyajikan filem dan drama bersiri terbaru kepada pelanggan. Anda boleh mendapatkan akses ke beribu-ribu filem dan drama dengan harga bermula dari RM 17 sahaja melalui telefon bimbit, tablet, PC, dan TV.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendaftar akaun Netflix dan jenis pelan langganan yang boleh dipilih. Di sini, kami akan berkongsi maklumat tersebut dengan anda.

Apa Perlu Buat Sebelum Daftar Netflix

Beberapa perkara di bawah ini perlu disediakan sebelum mendaftar Netflix:

  1. Mempunyai akaun e-mel yang aktif dan boleh diakses
  2. Pastikan anda mempunyai kad kredit/kad debit, ATAU pelan pascabayar seperti Digi, Maxis atau Celcom yang aktif untuk tujuan pembayaran di ruangan ‘payment method’
  3. Pastikan anda mempunyai capaian internet yang laju, sekurang-kurangnya 0.5 Mbps atau lebih baik lagi, 3 Mbps ke atas

Cara Daftar Netflix Malaysia

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk daftar Netflix Malaysia.

  1. Pergi ke laman web Netflix di https://www.netflix.com
  2. Sila pilih pelan yang sesuai untuk anda
  3. Untuk mencipta akaun, masukkan alamat e-mel anda dan ciptakan kata laluan
  4. Sila masukkan kaedah pembayaran anda. Sebagai ahli Netflix, bayaran bulanan akan dikenakan pada hari yang sama dengan hari pendaftaran anda
  5. Tahniah! Sekarang anda sudah boleh mula menonton di Netflix selama 30 hari sebelum langganan bulan seterusnya

Cara Batalkan Langganan Netflix

Jika anda ingin menamatkan atau membatalkan langganan Netflix, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Anda perlu login ke akaun Netflix secara online.
  2. Seterusnya, tekan pada menu Account dan pilih butang ‘Cancel Membership’.
  3. Untuk melihat maklumat penuh dan hari terakhir akaun anda aktif, sila klik pada bahagian ‘Billing Details’.

Leave a Comment