Cara Daftar Cukai Pendapatan Di Malaysia

Pendaftaran cukai pendapatan perlu dilakukan oleh setiap individu yang berkelayakan untuk membolehkan mereka melaporkan pendapatan tahunan dan membayar cukai pendapatan setiap tahun.

Untuk makluman anda, bermula 1 Mac 2023 ini, e-Filing akan dilancarkan. Walaupun penghantaran borang secara manual masih diterima, pengguna sangat digalakkan untuk menggunakan kemudahan e-Filing sebagai cara terkini untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara atas talian melalui laman web LHDN.

Apa Itu e-Filling LHDN

Aplikasi e-Filing adalah sistem yang membolehkan pengisian dan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian oleh pembayar cukai.

Pembayar cukai sebenarnya lebih mudah dalam membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kerana cara ini tidak memerlukan anda hadir ke kaunter LHDN. Selain itu, proses tersebut boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Siapakah Yang Perlu Bayar Cukai & Daftar LHDN

  • Individu yang masih bujang dan memperoleh pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setiap tahun (setelah potongan KWSP).
  • Pasangan yang berstatus berkahwin dan tidak bekerja yang memperoleh pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun.
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baru yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB).
  • Individu yang pendapatannya boleh dikenakan cukai.
  • Hartanah yang dijual/dibeli oleh individu.

Individu tersebut perlu bertanggungjawab untuk:

  • Mendaftar Nombor Cukai Pendapatan atau mengemaskini maklumat
  • Lapor pendapatan tahunan
  • Bayar cukai pendapatan

Cara Daftar e-Filing

Step 1 : Daftar Nombor Cukai Pendapatan

Bagi mereka yang membuat pembayaran cukai untuk pertama kali, sebelum e-filing boleh digunakan, nombor cukai pendapatan perlu diperoleh terlebih dahulu. Untuk mendapatkan nombor cukai pendapatan, pendaftaran perlu dilakukan sama ada secara online atau dengan cara manual dengan hadir ke kaunter cawangan LHDN.

Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dilakukan dengan cara:

1. Daftar Online

Pendaftaran online boleh dilakukan menerusi aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/

2. Pendaftaran Manual

Anda boleh membuat pendaftaran nombor cukai secara manual dengan cara pergi ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan.

Antara dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Borang CP600 (boleh dimuat turun daripada Borang > Muat Turun > Pendaftaran)
  • Kad pengenalan
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan diperlukan – bagi individu yang menjalankan perniagaan
  • Penyata pendapatan atau slip gaji

Step 2 : Dapatkan No Pin MyTax HASil

Setelah nombor cukai pendapatan diperoleh, anda perlu mendapatkan nombor PIN untuk aktifkan akaun sistem MyTax Hasil. Anda boleh dapatkan nombor pin melalui https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/ atau pergi ke cawangan  Cawangan HASiL yang berhampiran dengan anda.

Anda juga perlu sertakan dokumen seperti salinan kad pengenalan /passport pemohon dan Borang CP55D untuk permohonan nombor pin. Permohonan yang lengkap bersama dengan dokumen sokongan yang diperlukan akan diberikan nombor PIN.

Step 3 : Wujudkan Kata Laluan E-Filing

Setelah nombor PIN diterima, 16-digit nombor PIN perlu didaftarkan dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama.

Pengaktifan akaun MyTax dianggap lengkap apabila kata laluan berjaya dicipta oleh pengguna dan pemakluman “Sijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan” dipaparkan.

Leave a Comment