Cara-Cara Daftar Maybank2u Dengan Mudah

Pada zaman moden masa kini, transaksi dalam talian telah menjadi keperluan yang sangat penting terutamanya bagi individu yang mempunyai jadual padat dan banyak komitmen. Melalui perkhidmatan ini, mereka dapat menjalankan urusan kewangan tanpa perlu berurusan dengan juruwang di cawangan bank atau pergi ke mesin ATM yang boleh mengambil masa dan menyusahkan.

Oleh sebab itu, hampir semua bank di Malaysia menyediakan kemudahan transaksi melalui perbankan internet yang bertujuan untuk memudahkan pelanggan. Maybank juga menawarkan perkhidmatan ini melalui ciri Maybank2u yang dapat digunakan untuk pelbagai jenis transaksi, termasuk semakan baki, pemindahan wang, pembayaran bil, dan lain-lain.

Syarat Membuat Maybank2u Online

Untuk mendaftar Maybank2u, syarat-syarat yang anda perlu ketahui adalah seperti berikut:

  • Mempunyai  card ATM/Debit Maybank
  • Anda pemilik akaun simpanan Maybank
  • Nombor telefon yang telah didaftarkan dalam sistem Maybank untuk TAC

Cara Daftar Maybank2u

Sebelum mendaftar Maybank2u, anda perlu mendaftarkan nombor telefon anda melalui mesin ATM Maybank. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Sila kunjungi cawangan Maybank yang terdekat dengan lokasi anda.
  • Masukkan kad ATM anda ke mesin ATM
  • Sila masukkan kata laluan (nombor 6 digit) kad ATM anda.
  • Seterusnya, pilih menu Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts
  • Sila pilih menu “Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC”.
  • Masukkan nombor telefon anda dan pastikan nombor tersebut betul
  • Kemudian, klik “YA”
  • Sila cetak resit untuk simpanan anda

Setelah anda selesai mendaftar nombor telefon, anda boleh mendaftar maybank2u. Anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah ini.

  • Buka laman web rasmi Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
  • Kemudian, tekan pada REGISTER NOW
  • Masukkan butiran berikut:
    • 16 digit nombor card ATM/Debit anda
    • 6 digit nombor PIN card ATM/Debit anda,
  • Tick pada TERMS & CONDITIONS, klik Continue
  • Masukkan nama pengguna (username) yang anda kehendaki.
  • Cipta Password, kemudian sahkan Password anda
  • Sila masukkan alamat email anda yang aktif
  • Seterusnya, masukkan TAC yang telah dihantar ke telefon bimbit anda
  • Klik pada next
  • Sila pilih gambar keselamatan yang anda inginkan
  • Masukkan kata keselamatan
  • Jawab 3 soalan keselamatan dan klik done
  • Selesai, anda berjaya mendaftar

Leave a Comment