Maybank telah membuat pengumuman bahawa mulai sekarang pengesahan semua transaksi dalam talian hanya boleh dilakukan melalui Secure2u. Secure2u telah dipilih untuk menggantikan penggunaan SMS iaitu SMS OTP. Maybank telah memilih Secure2u sebagai cara yang lebih selamat dan cepat untuk meluluskan transaksi di Maybank2u dan MAE.
Setiap kali pengguna melakukan transaksi, mereka akan menerima tetingkap pop-up pengesahan secara langsung di aplikasi MAE. Pengguna hanya perlu mengklik “luluskan” atau “tolak” untuk meneruskan transaksi. Kelebihan diperoleh daripada pengesahan melalui Secure2u bukan sahaja meliputi kelajuan dan keselamatan, tetapi juga membantu mengurangkan risiko penipuan melalui SMS.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara mudah untuk mengaktifkan fungsi Secure2u melalui aplikasi MAE Maybank.
Apa Itu Secure2u
Secure2u merupakan sebuah ciri keselamatan digital yang lebih menjimatkan masa berbanding SMS TAC/OTP. Biasanya, proses SMS TAC/OTP memerlukan masa yang agak lama.
Secure2u juga adalah perkhidmatan eBanking Maybank yang membolehkan pelanggan melakukan transaksi kewangan melalui aplikasi di telefon pintar dengan sambungan internet. Dengan menggunakan Secure2u, pelanggan tidak perlu lagi pergi ke ATM atau bank untuk melaksanakan transaksi.
Cara Aktifkan Secure2u
Untuk makluman, Secure2u akan aktif selama 12 jam untuk memastikan transaksi hanya diluluskan dengan kebenaran yang sah dan mengelakkan transaksi tanpa keizinan.
Bagi pengguna yang ingin menggunakan fungsi Secure2u, anda boleh mengaktifkannya dengan langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi Mae terlebih dahulu. Setelah itu buka aplikasi Mae tersebut.
- Untuk mengaktifkan fungsi Secure2u, Anda perlu mengklik pada bagian Secure2u di halaman utama. Kemudian, Anda perlu log masuk ke akaun Maybank2u Anda.
- Sila masukkan Password
- Anda perlu klik dekat bahagian Next
- Secara automatik, anda akan dibawa ke paparan seterusnya. Di sana, anda hanya perlu mengklik pada bahagian “Activate Now”
- Anda perlu mengesahkan nombor telefon anda untuk menerima Nombor OTP sebagai pengesahan pendaftaran Secure2u.
- Jika nombor tersebut adalah betul, anda hanya perlu mengklik pada bahagian “Confirm”
- Nombor OTP akan dihantar secara automatik ke dalam SMS anda. Sila periksa SMS anda dan masukkan Nombor OTP yang diterima.
- Masukkan nombor ID dan sahkan nama peranti
- Anda telah selesai mengaktifkan fungsi Secure2u melalui aplikasi MAE