Kemaskini BTR Bantuan Tunai Rakyat 2023 (UPDATE)

Pembayaran fasa 1 Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan diterima oleh rakyat pada bulan Januari 2023. Namun, tarikh sebenar pembayaran belum diumumkan oleh kerajaan. Januari hanya tinggal beberapa hari sahaja.

Kemungkinan bayaran akan diterima pada minggu hadapan sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Sebarang pengumuman akan diumumkan oleh Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.

btr

Berapa jumlah bayaran BTR fasa 1?

Pembayaran BTR ini akan dilaksanakan sebanyak 4 fasa. Fasa pertama akan berlaku pada bulan Januari 2023. Ini bermakna, anda akan menerima bayaran sebanyak 4 kali bagi pembayaran BTR ini.

Untuk fasa pertama, jumlah yang akan diterima adalah RM300 bagi setiap isi rumah tanpa mengira jumlah pendapatan dan golongan bujang akan menerima RM100.

Untuk pembayaran penuh, jumlah bayaran fasa 1 hingga fasa 4 boleh dilihat pada jadual di bawah ini.

Bilakah BTR fasa 1 dibayar?

Biasanya pembayaran akan diterima sebelum perayaan tiba. Pada bulan Januari terdapat perayaan Tahun Baru Cina pada 22 Januari. Kemungkinan BTR akan dibayar kepada semua penerima sebelum tarikh tersebut.

Semakan BTR

Anda boleh membuat semakan BTR dengan melayari https://btr.hasil.gov.my. Lihat status pembayaran anda dan pastikan tidak terdapat kesalahan pada nombor akaun yang anda daftarkan.

Jika status tidak berjaya di kreditkan, ia mungkin disebabkan oleh nombor akaun yang diberikan salah atau tidak aktif. Anda akan diberikan pilihan untuk menunaikan pembayaran di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan dengan anda. Oleh itu, pastikan semua maklumat anda lengkap.

Kami mengucapkan selamat menerima bayaran BTR fasa 1. Semoga wang yang diterima dapat digunakan untuk meredakan sebahagian dari beban kehidupan.

Leave a Comment