Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak, dilihat dapat mengurangkan beban rakyat.
Dengan bantuan kewangan daripada BSH ini, ianya dapat digunakan untuk membeli barang keperluan harian seperti barangan dapur.
Walaupun nilai yang diberikan tidak banyak , namun secara signifikan ianya membantu kewangan keluarga dan juga individu di Malaysia.
Jangan lupa mohon : Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Golongan yang layak menerima BSH ini adalah mereka yang berada dalam kelompok B40. Dan juga sebahagian daripada M40.
Semakan BSH boleh dilakukan dengan terus melayari laman web lembaga hasil dalam negeri (LHDN)
Selain BSH, Bantuan Prihatin Nasional juga antara bantuan dari pihak kerajaan yang perlu dipuji.
Dikala rakyat diuji dengan covid-19 dan juga Perintah kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan tampil dengan pakej rangsangan ekonomi yang memang mampan.