Bantuan Keluarga Malaysia terbukti dapat membantu rakyat Malaysia bagi mengharungi kehidupan yang kian mencabar di masa kini. Bantuan kewangan yang diberikan dapat meringankan beban untuk sara hidup diri dan keluarga.
BKM kini diteruskan lagi pada tahun 2023. Setelah diumumkan pada pembentangan bajet 2023, jumlah BKM telah diumumkan yang meliputi golongan bujang dan juga yang berkeluarga.
Berapa Jumlah BKM 2023
Jumlah BKM 2023 berbeza bagi setiap kategori. Ianya bermula daripada RM250 bagi kategori bujang sehingga RM2500 bagi kategori berkeluarga/isi rumah yang bergantung kepada bilangan anak.
Jumlah bantuan adalah mengikut butiran berikut:
Pendapatan isi rumah kurang dari RM2500
- Isi rumah mempunyai yang anak lebih dari 5 orang akan menerima bayaran sebanyak RM2500.
- Isi rumah mempunyai anak 1 hingga 4 orang akan menerima bayaran BKM sebanyak RM100 hingga RM2000
Pendapatan isi rumah RM2501 – RM5000
- Akan menerima RM500 – RM1250 (bergantung kepada bilangan anak)
Golongan bujang
- Bujang warga emas akan menerima RM600
- Bujang akan menerima RM350
BKM Tambahan hanya untuk ibu/bapa tunggal
- Tambahan RM500 bagi ibu/bapa tunggal
- – Ibu tunggal dengan 3 orang anak akan menerima RM1500.
Perbandingan dengan tahun 2022
Tarikh Bayaran BKM 2023 fasa 1
Pembayaran fasa 1 BKM dijangka akan dibuat pada Mac 2023. Ini berdasarkan tarikh yang diumumkan pada bantuan-bantuan sebelum ini.
Masih tiada tarikh rasmi yang diumumkan oleh pihak HASIL. Bagaimanapun, jika mengikut tahun sebelum ini, pembayaran fasa 1 BKM akan dibayar kepada penerima pada setiap bulan Mac. Ini bermakna, penerima akan mendapat bayaran pada bulan Mac 2023.
Pada bulan Mac 2023 juga, umat islam menyambut ketibaan bulan ramadhan dan juga akan membuat persiapan bagi merayakan aidilfitri. Maka, ianya dilihat sebagai bulan/ tarikh yang tepat untuk pembayaran BKM dibuat kelak.
Apa-apapun, kita tunggu sebarang pengumuman dari pihak LHDN.
Cara Semakan BKM
Cara untuk membuat semakan BKM adalah mudah dengan melayari portal rasmi BKM di pautan https://bkm.hasil.gov.my kemudian masukkan nombor kada pengenalan serta kata laluan anda untuk semak status BKM.
Adakah terdapat kenaikan pembayaran BKM 2023 berbanding BKM 2022?
Ya. Terdapat peningkatan jumlah bayaran. COntohnya, pasangan dengan 5 orang anak akan menerima RM2500 pada tahun 2023, berbanding RM2000 pada tahun 2022.
Adakah terdapat permohonan perlu dibuat?
Tiada permohonan perlu dibuat bagi penerima sedia ada. Namun, anda boleh kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan.