Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2022 (Online)

Biasiswa MyBrainSc KPT 2022. Untuk makluman, Biasiwa MyBrainSc ini adalah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi KPT bagi mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-sainstis muda yang berani menyahut cabran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagi Nobel Laureare.

Bagi pelajar warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang Sains Tulen, permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2022 kini telah dibuka dan boleh membuat permohonan secara atas talian.

Objektif Biasiswa MyBrainSc

Objektif biasiswa ini diperkenalkan adalah untuk :

  1. Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan Universiti Awam (UA).
  2. Melahirkan Saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate.\
  3. Mengalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi.
  4. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

Tarikh Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2022

Tarikh bagi Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2022 adalah seperti berikut :

  • Mula dibuka : 15 Mac 2022
  • Akan Ditutup : 14 April 2022
Biasiswa MyBrainSc KPT 2022

Bidang Pengajian

Bagi bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah :

  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Biologi

Syarat Permohonan

Syarat permohonan biasiswa ini adalah mengikut peringkat pengajian iaitu :

i.) Kedoktoran (PhD)

  1. Calon adalah warganega Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1Januari 2023.
  3. Mendapat keputusan di Peringkat Sarjana sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazh Pertama dan ke atas.
  4. Tiada ikan kontrak mana-mana penaja atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
  5. calon yang sedang berkhidmat mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
  6. Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
  7. Calon yang sedang mengikuti pengajian PhD atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai Universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.


ii.) Sarjana

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1 Januari 2023.
  3. Mendapat keputusan di Peringkat Sarjana sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazh Pertama dan ke atas.
  4. Tiada ikan kontrak mana-mana penaja atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
  5. calon yang sedang berkhidmat mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
  6. Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
  7. Calon yang sedang mengikuti pengajian PhD atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai Universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.


iii.) Ijazah Pertama

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2023.
  3. Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi/ Sains / Matrikulasi / STPM / Diploma / SAT ,40/45 IB Diploma dan A-Level.
  4. Pelajar belum lagi menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Cara Mohon Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2022

Bagi membuat Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2022 tersebut, boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi = https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/
  2. Klik ‘Log Masuk’.
  3. Kemudian klik ‘Daftar Baharu’.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar’.
  5. Log masuk dengan memasukkan no. kad peneganalan dan kata laluan.
  6. Semak kelayakan terlebih dahulu.
  7. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  8. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  9. Hantar Permohonan.

Dokumen Diperlukan

i.) Kedoktoran (PhD)

  1. Kad Pengenalan Pemohon (depan belakang).
  2. Gambar berukuran passport.
  3. Slip Keputusan SPM.
  4. Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  5. Skrol Ijazah Sarjana.
  6. Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  7. Surat Tawaran Universiti (jika ada).
  8. Sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK, pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.

ii.) Sarjana

  1. Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Gambar berukuran passport.
  3. Slip SPM.
  4. Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  5. kertas cadangan penyelidikan yang telah disahkan oleh penylia.
  6. Surat tawaran Universiti (jika ada).


iii.) Ijazah Pertama

  1. Kad Penegenalan pemohon.
  2. Gambar berukuran passport.
  3. Slip keputusan SPM.
  4. Transkrip penuh Asasi / Matrikulasi / STPM / IB / A-level / Diploma / SAT.
  5. Surat tawaran Universiti (jika ada).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2022, anda boleh layari laman web = https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/ atau menghubungi 03-8888-1616.

Soalan Lazim

Apakah bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini ?

Bidang Pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah :
1. Fizik
2. Kimia
3. Matematik
4. Biologi

Bilakah tarikh tutup permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2022 ini ?

Untuk tarik tutup Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2022 adalah pada : 14 April 2022 (Khamis)

Leave a Comment