Permohonan Bantuan Raja Sehari 2022. Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif di dalam Bantuan Kasih Bangsa Johor yang tleah diumumkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi pada April yang lalu.
Menerusi bantuan ini, Kerajaan Negeri Johor akan menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000 bagi orang Muda Negeri Johor yang kali pertama berkahwin (Islam), bantuan ini disalurkan bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Tarikh Permohonan
Permohonan bantuan ini mula dibuka pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan bantuan ini adalah :
- Beragama Islam
- Orang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.
- Bermastautin dalam Negeri Johor melebihi 3 tahun.
- Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.
- Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000 ke bawah.
- Permohonan dibuat bermula pada 1 Jun hingga 31 Disember 2022 sahaja.
- Permohonan (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri menghantar permohonan di Kaunter Pejabat Kadi Daerah.
- Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bagi bantuan ini.
Cara Mohon Bantuan Raja Sehari 2022
Permohonan Bantuan Raja Sehari 2022 ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Muat turun borang permohonan di pautan = https://rb.gy/ujq2w5
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar kedua-dua dokumen tersebut ke Pejabat Kadi Daerah yang berdekatan.
Dokumen Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan Bantuan Raja Sehari 2022 adalah :
- Salinan Kad Pengenalan (Lelaki dan Perempuan).
- Salinan buku bank/penyata bank (Lelaki dan Perempuan).
- Salinan surat perakuan nikah (Sijil Nikah). Sekiranya hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari Pejabat Kadi Daerah/Pejabat Agama Islam Daerah.
- Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu/Ketua Kampung.
- Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung atau penghulu.
Proses Pembayaran
Untuk pembayaran bantuan ini, setelah permojhonan berjaya, pembayaran akan dikreditkan kepada akaun suami atau isteri atau mana-mana yang layak menerima.
Untuk makluman dan peringatan, hanya satu pasangan sahaja yang layak untuk menerima bantuan ini.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Raja Sehari 2022 Orang Muda Johor, sila hubingi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-207-6330/31/32.
Soalan Lazim
Berapakah had umur bagi syarat Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor ?
Berumur 40 tahun kebawah sahaja layak menerima bantuan ini.
Berapakah kadar pemberian untuk bantuan ini ?
RM1,000 untuk 1 pasangan sahaja.