Semakan BPR 2021 – KEMASKINI & DAFTAR ONLINE

Selepas bantuan Sara Hidup BSH, kini ianya telah digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Ianya boleh diakses pada lamanweb di sini.

Perkara ini diumumkan ketika pembentangan bajet 2021 oleh Menteri Kewangan.

πŸŽ‰TERKINI: PEMERKASA +

  • Isi rumah Pendapatan di bawah RM2500 : bantuan BPR Tambahan sebanyak RM500
  • Isi rumah pendapatan RM2501- RM5000 : Bantuan BPR tambahan RM300
  • Bujang: Menerima RM100 BPR tambahan
  • Akan dimasukkan pada hujung bulan Jun 2021.

Cara Daftar Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR

Permohonan boleh dibuat dengan melayari: https://bpr.hasil.gov.my

LOGIN BPR 2021 ONLINE untuk pendaftaran baharu permohonan.

Bagi penerima BSH dan BPN 2.0, anda cuma perlu membuat kemaskini sahaja. Caranya adalah dengan login ke Login Bantuan Prihatin Rakyat

maklumat penting

Cara Permohonan dan pendaftaran baharu .Untuk permohonan baharu, anda boleh klik link DI SINI

bpr login

Isikan semua maklumat yang diminta pada borang permohonan anda. Semasa memasukkan no mykad, klik semak untuk mengetahui jika maklumat anda terdapat pada data atau tidak.

bpr dokumen

Muat naik /hantar dokumen sokongan anda melalui fungsi yang disediakan . Dokumen sokongan yang boleh dihantar adalah;
– Sijil kahwin
– Sijil cerai / kematian pasangan
– Pengesahan pasangan
– Pengesahan Bank

Kemudian isikan maklumat wakil jika mempunyai wakil, dan letak tiada wakil jika tidak ada.

sahkan bpr

Anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa semua maklumat yang dimasukkan adalah betul dan klik hantar jika semuanya betul.

Semakan Status

Semakan boleh dilakukan dengan login ke https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Masukkan no kad pengenalan dan katalaluan anda.

Antara perkara yang dijelaskan semasa pembentangan Bajet 2021 adalah;

  • Ianya memanfaatkan 8.1 juta orang.
  • Jumlah peruntukan sebanyak RM6.5 bilion.

Pada bantuan kali ini, antara yang berbeza adalah, jika ketika bantuan BSH bujang, had umur yang diberikan adalah 40 tahun hingga 59 tahun. Pada kali ini, BPR bujang menurunkan had umur kepada 21 tahun hingga 59 tahun.

Perkara ini dilihat sedikit rasional, ini kerana bilangan bujang berumur 40 tahun ke atas adalah sedikit berbanding golongan ini yang berumur 21 tahun ke atas.

Syarat Kelayakan

syarat bpr

Jumlah Bayaran BPR

Jumlah BANTUAN PRIHATIN RAKYAT pula adalah seperti berikut:

GOLONGANJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG)RM800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – 5000 (ANAK 0-1 ORANG)RM500
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM750
BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
(BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS)
RM350

Tarikh Pembayaran

Pembayaran akan dilakukan sebelum Aidilfitri 2021 iaitu pada April atau May 2021.

Maksud B40, M40, dan T20

B40 membawa maksud 40% populasi Malaysia pendapatan isi rumah terkebawah. Manakala M40 pula 40% populasi yang berada di dalam kelas pertengahan dari segi pendapatan bulanan, dan T20 adalah 20% populasi rakyat Malaysia yang berada di paras atas dari segi pendapatan isi rumah.

Jumlah pendapatan yang ditetapkan ini sentias berubah mengikut tahun mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib dalam hal ini.

Hubungi

Sebarang pertanyaan dan persoalan, bolehlah hubungi talian khas LHDN seperti di bawah ini.

  • HOTLINE MOF : 03-8882 4565 / 03-8883 4566
  • HOTLINE LHDN : 1-800-88-2747
  • EMAIL: bpr@treasury.gov.my
  • Laman web rasmi : https://bpr.hasil.gov.my
  • Alamat pejabat / surat menyurat:
    Sekretariat BPR,
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
    Presint 2, 62592, Wilayah Persekutuan Putrajaya
hubungi bpr

Apakah itu BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH. Bantuan ini akan membantu golongan isi rumah dan bujang yang berada di dalam golongan B40 dan M40. Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM350 hingga RM1800.Ianya bergantung kepada pendapatan dan juga bilangan anak.

Bilakah ianya diperkenalkan?

Ianya dibentangkan ketika pembentangan bajet 2021. Ketika itu Malaysia masih berdepan dan bergelut dengan pandemik yang melanda seluruh dunia. Malaysia ketika itu hadir dengan bajet / belanjawan yang dilihat mampu memberi manfaat kepada seluruh pelusuk dan golongan rakyat Malaysia.

Adakah perlu membuat permohonan baharu?

Bagi penerima BSH dan BPN, tidak perlu membuat permohonan baru. Cuma perlu kemaskini sahaja. Ini kerana data yang sama digunakan di dalam permohonan BPR kali ini. Namun bagaimanapun, anda bolehlah login ke dalam sistem yang disediakan ini bagi menyemak sama ada maklumat anda tersedia dan adakah ianya tepat. Jangan lupa membuat kemaskini terhadap sebarang perubahan dalam maklumat anda.

Berapakah bantuan yang akan diberi kepada keluarga dan juga bujang?

Bermula dari R350 bagi golongan bujang, dan RM1800 bagi isi keluarga. Pada bantuan kali ini, golongan bujang menarik nafas lega kerana had umur bujang diturunkan daripada 40 tahun (semasa Bantuan Sara Hidup ) kepada 21 tahun.

Dalam akhbar berita harian bertarikh 27 Januari 2021, melaporkan bahawa pembayaran pertama fasa 1 BPR dipercepatkan daripada Mei kepada Februari.

Menteri Kewangan berkatan, beliau berharap bantuan ini dapat memanfaatkan lebih daripada 8 juta penerina di bawah B40 yang telah lulus BPN 2.0 dan BSH 2020, dan ditambah mereka yang akan lulus dalam permohonan baharu.

BPR fasa 1 dijangkan akan dapat memanfaatkan golongan isi rumah dengan bayaran RM300 manakala golongan bujang akan menerima RM150

Disamping perkara tersebut, Tengku Zafrul turut memberikan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan kerana turut sama mempercepatkan pemberia bantuan komputer riba sebanyak 150,000 buah.

Leave a Comment