Permohonan Bantuan i-Fitri & Dana Hari Raya Untuk Golongan B40 & M40

Permohonan Bantuan i-Fitri & Dana Hari Raya. i-Fitri merupakan salah satu bantuan kewangan yang bernilai RM400 Raya kepada 31,500 isi rumah yang dari golongan miskin dan RM250 kepada 83,500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM500.

Bantuan ini juga akan disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2022 nanti.

Apa itu Bantuan i-Fitri ?

Bantuan i-Fitri merupakan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidupbagi isi rumah yang terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40 yang memanfaatkan seramai 115,000 penerima.

Bantuan ini juga diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Tarikh Permohonan

Bagi tarikh permohonan Bantuan i-Fitri ini adalah pada 22 Mac hingga 31 Mac 2022.

Permohonan adalah secara atas talian (Online).

Bantuan i-Fitri & Dana Hari Raya

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • RM400 kepada penerima B40 yang layak.
  • RM250 kepada penerima M40 yang layak.

Cara Mohon Permohonan Bantuan i-Fitri & Dana Hari Raya

Cara mohon Permohonan Bantuan i-Fitri & Dana Hari Raya ini, sila layari terus ke link ini = https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Bagi Lain-lain Bantuan Yang Diumumkan

  • Bantuan “one-off” bernilai RM150 turut diberikan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan dibawah RM2,500.
  • Bantuan tunai Skim Mubaligh secara “one-off” berjumlah RM150 sebagai tambahan atas pemberian sebanyak RM500 oleh kerajaan Persekutuan kepada semua imam dan bilal di seluruh negara.
  • Bantuan tunai “one-off” bernilai RM150 seorang bagi seramai 8,900 Orang Kelainan Upaya (OKU) yang isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  • Pemberian RM500 kepada pelajar yang kini menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak hampir dua tahun ini.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan i-Fitri & Dana Hari Raya, sila layari lamana web = https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/

Soalan Lazim

Berapakah kadar bantuan yang akan disalurkan bagi bantuan i-Fitri ?

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah :
1. RM400 kepada penerima B40 yang layak.
2. RM250 kepada penerima M40 yang layak.

Bilakah tarikh permohonan ?

22 Mac hingga 31 Mac 20223

Leave a Comment