Jika anda pengguna Bank Muamalat dan ingin menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian. Di sini, kami akan kongsikan cara untuk daftar dan login ke akaun secara online yang dapat membantu anda.
Apa Itu Bank Muamalat?
Bank Muamalat adalah bank yang kedua di Malaysia yang memperkenalkan konsep perbankan Islam kepada semua pelanggan tanpa mengira agama atau bangsa mereka.
Bank Muamalat ini mula beroperasi pada 1 Oktober 1999, dengan menggabungkan aset dan liabiliti bahagian perbankan Islam dari Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad, dan BBMB Kewangan. Khazanah Nasional Berhad memiliki 70% saham syarikat ini, sementara 30% dimiliki oleh Commerce Asset-Holdings Berhad.
Bank Muamalat juga menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan untuk melakukan pelbagai jenis transaksi kewangan, seperti menyimpan wang, mengeluarkan wang, dan menjalankan urusan kewangan lain.
Selain itu, Bank Muamalat juga mempunyai perkhidmatan perbankan dalam talian yang dikenali sebagai i-Muamalat, di mana pelanggan boleh dengan mudah melakukan pelbagai transaksi kewangan secara dalam talian melalui portal ini.
Cara Daftar Bank Muamalat Online
Anda perlu daftar terlebih dahulu dan buat akaun aktif sebelum boleh gunakan perkhidmatan ini. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Layari laman web i-Muamalat di https://www.i-muamalat.com.my/
- Klik pada “First Time Registration”
- Baca Terms and Conditions dan tandakan pada kotak Accept. Kemudian, tekan Next.
- Masukkan nombor 16 digit kad debit/ATM anda
- Sila masukkan PIN ATM
- Pilih jenis Identiti MyKAD. Kemudian, masukkan nombor MyKAD
- Setelah itu, masukkan nombor telefon anda yang aktif untuk TAC dan klik Next.
- Sila masukkan Username dan Password
- Pilih Security Image yang anda inginkan dan klik butang submit
- Sekiranya pendaftaran anda berjaya, maklumat akan ditunjukkan.
Cara Login Bank Muamalat Online
Setelah anda mendaftar, anda perlu login Bank Muamalat dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Buka laman web https://www.i-muamalat.com.my/
- Sila masukkan Username dan klik pada next
- Sahkan Security Image anda dan tick pada ruangan yang disediakan
- Kemudian, masukkan Password
- Klik pada butang login
- Anda berjaya log masuk
- Selesai