Pindaan kepada Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu berkerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan mula dikuatkuasa pada 1 September 2022 ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berucap di dalam Dewan Negara kelmarin bahawa perkara itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja serta menyediakan kelonggaran dalam waktu kerja, ini mengikut apa yang digariskan oleh Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Susunan waktu kerja fleksibel boleh dilakukan oleh pekerja selepas pindaan ini dibuat.
Di bawah peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat masing-masing, waktu dan hari bekerja ini termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi tidak dapat dielakkan seperti pandemik COVID-19.
“Setakat hari ini, masih tiada perancangan atau libat urus untuk pihak kementerian mengesyorkan kerja empat hari seminggu,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.