Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan sebentar tadi, peperiksaan UPSR dan PT3 bagi tahun 2020 dibatalkan.
Hal ini diputusakn berikutan wabak covid-19 yang menular di seluruh dunai ketika ini.
Namun, masih tidak diketahui, apakah nasib mereka yang mengambil peperiksaan UPSR dan PT3 pada tahun ini.
Adakah mereka akan terus naik ke tingkatan 1 dan 4 pada tahun hadapan?Atau mungkin terdapat peperiksaan khas yang mereka perlu tempuhi?
Kita menunggu pengumuman lanjut daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kepada para pelajar UPSR dan PT3, diharap keputusan ini tidaklahdijadikan alasan untuk anda berhenti mengulang kaji pelajaran di rumah. Teruskan ulangkaji anda dan belajar benda baharu ketika tempoh PKP ini.
Jangan Lupa buat permohonan BPR sebelum 15 Februari 2021 ini.