Setiap tahun, pasti ramai orang yang merayakan Hari Bapa untuk menghormati dan mengingat pengorbanan serta jasa yang dilakukan oleh ayah mereka.
Dalam dunia yang dipenuhi dengan teknologi canggih seperti sekarang, kita memiliki kemampuan untuk mengirimkan ucapan kepada ayah melalui berbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, atau Telegram, bahkan jika kita berjauhan. Oleh itu, di sini kami akan kongsikan beberapa ucapan dan pantun yang boleh anda berikan kepada bapa tercinta.
Contoh Ucapan Hari Bapa
Berikut adalah beberapa contoh yang boleh anda gunakan sempena Hari Bapa.
Contoh 1
Buat ayat tersayang, terima kasih kerana telah menjadi seorang ayah yang baik. Membentuk kami adik-beradik menjadi individu yang berhati cekal. Setiap tutur katamu dan nasihatmu menjadi tiang ikutan. Ketegasanmu dalam mendidik menjadikan kami seperti hari ini. Terima kasih ayah. Semoga ayah sentiasa dirahmati Allah SWT.
Contoh 2
Selamat Hari Bapa ! Terima kasih Bapa karena telah melakukan banyak hal yang luar biasa untuk mendukung dan merawat kami sejak kecil. Terima kasih atas segalanya.
Contoh 3
Pada setiap titik peluhmu, pada setiap nafasmu penuh dengan pengorbanan dan kasih sayang. Selamat Hari Bapa !
Contoh 4
Tidak ada kata yang bisa menggambarkan seberapa besar jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ayah. Tak terhitung banyaknya hal yang telah dia lakukan untuk kita dan tidak mampu dibalas sepenuhnya di dunia ini. Ayah, hero terbaik buat semua.
Contoh 5
Ayah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Ayah. Selamat Hari Bapa !
Contoh 6
Kasihnya Ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa. Selamat Hari Bapa buat bapa tercinta.
Contoh Pantun Hari Bapa
Di bawah ini adalah beberapa contoh pantun yang boleh anda gunakan sempena Hari Bapa.
Contoh 1
Cantiknya langit bewarna jingga,
Boleh dilihat dihujung desa,
Kasih ibu hingga ke syurga,
Kasih bapa setiap masa.
Contoh 2
Angin berdesir seluruh wilayah,
Pohon tumbang akarnya goyah,
Terima kasih teruntuk ayah,
Sudah berjuang susah payah.
Contoh 3
Rumah ibu indah nan megah,
Semua didapat dengan usaha dan doa,
Kuucapkan selamat hari ayah,
Moga hidupmu makin bahagia.
Contoh 4
Sungguh indah bunga selasih,
Banyak dicari warga kota,
Sayangi ayah yang penuh kasih,
Berletih-letih menjaga kita.
Contoh 5
Habis berlari terasa lelah,
Segarnya bisa minum es blewah,
Terima kasih untuk cinta ayah,
Siang malam tak lelah mencari nafkah.
Contoh 6
Mencari daun buah beringin,
Tersadung akar menopang pohonnya,
Kasih ayah umpama lilin,
Membakar diri memberi cahaya.