Seperti yang diketahui secara umum, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan pada tahun 2021 dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) juga telah dibatalkan pada tahun 2022.
Oleh Karena itu, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan format baru untuk peperiksaan utama yang disebut sebagai Ujian Alternatif Sekolah Asas (UASA) mulai Januari 2023. Peperiksaan utama yang dikenali sebagai Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ini dijalankan untuk pelajar-pelajar di peringkat Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di sekolah menengah.
Apa Itu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)?
Ujian Akhir Sesi Akademik yang dikenali sebagai UASA, merupakan ujian peringkat sekolah yang dijalankan sebagai bahagian daripada PBD sumatif pada penghujung kalendar akademik. Ujian ini bukanlah pentaksiran pusat. Tujuannya adalah untuk mengukur tahap kognitif pelajar dan bukan untuk membandingkan prestasi di antara pelajar, sekolah, daerah, atau negeri.
UASA ini juga akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.
Murid Yang Terlibat UASA
- Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
- Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
Dari kumpulan murid yang disebutkan di atas, mata pelajaran yang terlibat dalam instrumen pentaksiran adalah seperti berikut:
Peperiksaan UASA bagi peringkat sekolah Rendah (Tahap Dua)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
Peperiksaan UASA bagi peringkat Menengah Rendah
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Pendidikan Islam/Moral
- Sejarah
- Sains
- Geografi
- Asas Sains Komputer
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Bahasa Arab
- Maharat al-Quran
- Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
- Al-Syariah
- Usul Al-Din
- Bahasa Cina
- Bahasa Tambil
- Bahasa Punjabi
- Bahasa Kadazandusun
- Bahasa Iban
- Bahasa Semai
Contoh Format Dan Soalan UASA
Anda boleh memuat turun buku format yang disediakan oleh KPM dengan mengklik pautan di bawah ini.
- Format untuk sekolah rendah – Tahap 2 (Tahun 4,5,6)
- Format untuk sekolah menengah – Tingkatan 1,2,3
Contoh Soalan UASA
Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) yang dikenali sebagai sistem baharu telah dibangunkan oleh KPM untuk membolehkan guru-guru menjana soalan-soalan peperiksaan. Pihak sekolah diarahkan untuk memuat turun bank soalan menerusi aplikasi ini dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh KPM.