Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah

Dividen KWSP baru-baru ini telah diumumkan dan nampaknya akaun shariah tetap kompetitif jika dibandingkan dengan akaun konvensional.

Kini simpanan syariah telah dibuka untuk semua ahli ( Rakyat Malaysia ) dan ia merupakan suatu ilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip shariah.

Dengan menukar akaun KWSP kepada simpanan shariah bukan bermaksud ia akaun berbeza, tetapi ia akan megikut konsep pengurusan dan prinsip shariah.

Perbezaan Simpanan Kovensional Dengan Simpanan Shariah

Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Shariah

Untuk pengetahuan semua, ada 3 cara mudah buat penukaran simpanan KWSP dari simpanan konvensional kepada simpanan shariah, iaitu :

  1. Terus ke kauter KWSP
  2. melalui KWSP online team
  3. melalui cara online

Untuk penukaran yang dibuat melalui kauter KWSP dan KWSP mobile, dokumen yang diperlukan hanyalah Mykad.

Bagi mereka yang ingin buat penukaran melalui online, lihat langkah-langkah yang dikongsikan dibawah ;

Cara Tukar Akaun Melalui Online

1). Login ke i-Akaun. Masukkan ID dan Password. DIsini = https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Bagi mereka yang belum daftar akaun, boleh daftar dikauter Kwsp untuk dapatkan Kod penaktifan dan Id sementara.

2). Bila appear web EPF , cari bahagian SIMPANAN SHARIAH. Klik “register now” untuk daftar akaun shariah KWSP.

3). Sahkan butiran yang dimasukkan.

4). E – Akad. Baca T&C dulu, kemudian tick dalam kotak kecil tu. Seterusnya klik next.

5). Tunggu untuk pengesahan TAC. No. TAC akan dihantar melalui nombor telefon yang telah didaftarkan. Dan masukkan nom,bor TAC. Klik confirm.

6). Bila dah siap proses tadi, akan keluar page acknowledgement. Akan ada mesej notifikasi melalui SMS dan email bagi memaklumkan status penukaran

7). Akhir sekali adalah SEMAK STATUS. Paparan ni akan keluar bila dah buat ikut semua langkah tadi. Nampak akan status shariah ‘ approved’.

Soalan Lazim

Apakah alasan perlu tukar ke akaun shariah ?

Antara alasan kenapa perlu tukar akaun adalah.
1. Sebab membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secra patuh syariah.
2. Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang berccggah dengan syarak terutama riba ( faedah ), Maysir ( perjudian dan gharar ( ketidak pastian di dalam kontrak.
3. Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

Bolehkah tukar akaun melalui telefon pintar?

Ya.

Apabila selesai tukar akaun KWSP konvensional ke Shariah, bolehkah ahli tukar kembali ke akaun yang asal ?

Tidak. Apabila telah menukar akaun Konvensional ke akaun Shariah, ahli tidak sama sekali kembali ke akaun Konvensional.

Apakah salah satu ciri-ciri utma simpanan Shariah ?

Salah satunya adalah, semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu semua ahli KWSP yang ingin menukar akaun mereka dari konvensional ke shariah…

Leave a Comment