STR 4 : Jumlah Pembayaran Dan Semakan Status

Program bantuan kewangan yang dikenali sebagai Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 merupakan inisiatif yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Jumlah bayaran yang disalurkan berbeza berdasarkan status serta pendapatan yang diterima oleh isi rumah penerima.

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah sebahagian daripada konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada golongan yang menghadapi kesukaran dalam menampung kos sara hidup.

Pembayaran ini dijadualkan untuk bulan November 2023, tetapi mungkin akan dibayar lebih awal bergantung kepada pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri.

Jumlah Bayaran STR Bagi Setiap Kategori

Bagi isi rumah yang memiliki pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah, jumlah bayaran adalah seperti berikut:

Bilangan AnakJumlah Bayaran
0RM200
1-2RM600
3-4RM900
5 dan lebihRM1200

Bagi isi rumah yang memiliki pendapatan antara RM2,501 dan RM5,000, jumlah pembayaran adalah seperti berikut:

Bilangan AnakJumlah Bayaran
Tiada AnakRM0
1 – 2 AnakRM0
3 – 4 AnakRM300
> 5 AnakRM500
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas)RM200
Bujang 21 – 59 TahunRM0
Bujang OKU (19 – 59 Tahun)RM0
STR 4 : Jumlah bayaran

Semakan Status

Untuk membuat semakan status STR fasa 4, anda boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada bulan November 2023. Jika tiada sebarang halangan, pembayaran itu mungkin akan diberikan lebih awal.

Seperti yang telah dilakukan sebelum ini, bayaran bantuan akan disalurkan secara langsung ke akaun penerima yang memenuhi syarat.

Untuk mereka yang tidak memiliki akaun bank atau status akaun mereka tidak aktif, pembayaran STR akan diselenggarakan melalui proses penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengetahui jumlah bayaran serta cara semakan status STR fasa 4. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment