SSO PDRM – Semakan Status Pengambilan

Untuk mereka yang telah memohon jawatan kosong di Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Berikut adalah maklumat tentang cara membuat semakan status permohonan secara online sama ada anda dipanggil temuduga pengambilan polis 2023.

Sekarang, kerajaan Malaysia telah menyediakan satu sistem online yang dikenali sebagai Sistem Semakan Online PDRM (SSO). Dengan sistem ini, calon boleh membuat semakan status pengambilan jawatan PDRM tahun 2023 secara mudah dengan melalui atas talian.

Selain untuk memeriksa status pengambilan jawatan kosong di PDRM, Sistem Semakan Online (SSO) juga boleh digunakan untuk beberapa tujuan lain seperti semakan saman trafik, semakan status keputusan repot polis, dan semakan status permohonan lesen am.

Semakan Status Pengambilan (PDRM) SSO

Cara untuk semak status pengambilan PDRM secara online adalah seperti berikut.

  1. Status boleh disemak secara online oleh pemohon melalui laman web Sistem SSO Sistem Semakan Online
  2. Untuk menggunakan sistem tersebut, anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu
  3. Setelah selesai mendaftar, log masuk sistem
  4. Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  5. Kemudian, klik pada ikon “status pengambilan” dan semakan pengambilan jawatan PDRM boleh dilakukan dengan menggunakan kad pengenalan anda.

Semak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM

Di bawah ini adalah cara-cara untuk semak status panggilan melalui e-Pengambilan.

  1. Layari laman web e-Pengambilan
  2. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan Baru dan klik pada butang “Semak”
  3. Anda akan melihat paparan Status Pengambilan
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh layari laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Semakan Jawatan

Jika terdapat kekosongan jawatan yang ditawarkan, semakan boleh dilakukan pada Skim Jawatan yang berkenaan.

  1. Klik pada Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan memohon.
  2. Sekiranya berminat, klik Iklan untuk menyemak.
  3. Pendaftaran dibuka untuk jawatan yang ditawarkan.
  4. Dalam tab Iklan, jawatan yang sudah dibuka untuk pendaftaran akan ditandai dengan warna hijau manakala jawatan yang belum dibuka akan ditandai dengan warna merah.
  5. Anda perlu mengklik pada ikon tersebut untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Leave a Comment