Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan Malaysia yang mengendalikan pentadbiran negara, Perdana Menteri mendapat pelantikan rasmi dari Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Utama Negara.
Mari kenali beberapa tokoh terkemuka yang telah mengambil peranan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berikut adalah senarai Perdana Menteri Malaysia sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga hari ini.
Senarai Perdana Menteri Malaysia
Dibawah ini adalah nama-nama Perdana Menteri Malaysia serta yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia:
1. Perdana Menteri Pertama: Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
- Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama (31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970)
- Tunku Abdul Rahman dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah dan meninggal dunia pada 6 Disember 1990.
- Diberi gelaran sebagai bapa kemerdekaan
2. Perdana Menteri Kedua – Allahyarham Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein
- Merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua pada (22 September 1970 hingga 14 Januari 1976)
- lahir pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang dan dan Meninggal dunia pada 14 Januari 1976
- Beliau dirujuk sebagai Bapa Pembangunan
3. Perdana Menteri Ketiga – Allahyarham Tun hussien bin Dato’ Onn
- Menjadi Perdana Menteri dari 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981.
- Dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru, Johor dan meninggal dunia pada 29 Mei 1990.
- Beliau dianugerahkan gelaran Bapa Perpaduan atas sumbangan beliau kepada negara.
4. Perdana Menteri Keempat – Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
- Menjadi Perdana Menteri dari 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003.
- Lahir pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
- Menerima gelaran sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.
5. Perdana Menetri Kelima – Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
- Merupakan Perdana Menteri Malaysia Kelima (31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009)
- Dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
- Mendapat gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia
6. Perdana Menteri Keenam – Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul razak
- Merupakan Perdana Menteri dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.
- Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang.
- Digelar sebagai Bapa Transformasi Malaysia
7. Perdana Menteri Ketujuh – Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
- Menjadi Perdana Menteri pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020
- Lahir pada 10 Julai 1925
8. Perdana Menteri Kelapan – Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
- Menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021
- Dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor.
9. Perdana Menteri Kesembilan – Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
- Menjadi Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 hingga 23 November 2022.
- Lahir pada 18 Januari 1960
10. Perdana Menteri KeSepuluh – Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
- Menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022 hingga Kini
- Dilahirkan pada 10 Ogos 1947