Senarai Barang Keperluan Masuk Asrama (Lelaki/Perempuan)

Pelajar baru yang mendaftar di sekolah berasrama, universiti, atau kolej diwajibkan tinggal di asrama. Apabila anda tiba di asrama, anda juga perlu menyediakan barang-barang keperluan untuk masuk asrama sama ada anda lelaki atau perempuan.

Barang Keperluan Asrama

Senarai mengenai barang yang perlu dibawa atau dibeli biasanya akan disediakan oleh pihak asrama.

Bagi memudahkan urusan anda, anda juga boleh menyusun senarai sendiri yang sesuai dengan keperluan anda untuk masuk asrama. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda bawa.

Barang Keperluan Lelaki

1. Baju Berkolar

  • Beberapa helai t-shirt berkolar perlu disediakan untuk aktiviti rasmi yang akan dijalankan di asrama. Biasanya, pelajar lelaki akan diminta memakai t-shirt berkolar untuk menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan.

2. Songkok

  • Songkok perlu dibawa oleh pelajar Muslim untuk digunakan semasa menunaikan solat atau dalam aktiviti keagamaan di asrama atau di sekolah.

3. Kain Pelikat

  • Beberapa helai kain pelikat perlu disediakan untuk digunakan dalam menunaikan solat atau tidur di asrama.

4. Baju Melayu Dan Sampin

  • Untuk digunakan semasa semasa menunaikan solat Jumaat, atau dalam aktiviti rasmi yang memerlukan pelajar memakai baju Melayu. Begitu juga dengan sampin.

5. Seluar Dalam

  • Pakaian dalaman ini adalah penting, maka bawa seluar dalam secukupnya untuk dipakai sepanjang berada di asrama.

6. Seluar

  • Apabila menjalankan aktiviti sukan atau lasak, seluar trek atau seluar sukan juga akan diperlukan.

Barang Keperluan Perempuan

1. Tudung Sarung

  • Tujuannya adalah agar memudahkan anda untuk pergi ke mana-mana kawasan asrama tanpa perlu mencari-cari tudung yang perlu digosok lagi.

2. Telekung

  • Digunakan untuk menunaikan solat ketika berada di asrama. Anda disarankan untuk memilih telekung berwarna putih atau hitam kerana ada asrama yang tidak mengizinkan penggunaan telekung berwarna lain.

3. Pakaian Dalaman

4. Baju Kurung

Sediakan baju kurung untuk digunakan semasa prep atau aktiviti rasmi yang dijalankan oleh pihak asrama atau sekolah.

5. Anak Tudung

6. Baju Lengan Panjang

  • Pastikan semua pelajar perempuan membawa beberapa baju lengan panjang yang longgar untuk dipakai semasa ada aktiviti di asrama atau sekolah.

Barang Keperluan Umum

  1. Tuala
  2. Selipar
  3. Seterika
  4. Baldi Dan Gayung
  5. Selimut
  6. Sabun Basuh Baju, Sabun Mandi
  7. Bekas Makanan
  8. Penyangkut Baju Dan Penyepit Baju
  9. Ubat Gigi Dan Berus Gigi
  10. Cawan
  11. Cadar Dan Sarung Bantal
  12. ….. Lain-lain yang diperlukan

Leave a Comment