Bagi anak-anak Kelantan yang sudah memohon bantuan wang Ehsan MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan), anda kini boleh mencuba untuk membuat semakan status permohonan anda bagi tahun 2023 di laman web MAIK kelantan. Semakan keputusan MAIK ini anda boleh lakukan secara dalam talian, dimana cara ini lebih mudah dan cepat yang boleh anda gunakan.
Apa Itu Wang Ehsan MAIK?
Wang Ehsan Kelantan merupakan bantuan wang tunai khas yang diberikan untuk anak-anak Kelantan yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA dalam program Matrikulasi, Asasi, Diploma, dan Ijazah.
Kadar Bantuan
KADAR BANTUAN:
- Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
(tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)
* Perincian kadar bantuan sebagaimana Lampiran D - Sumbangan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT- Fisabilillah
(tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)
Syarat-Syarat Permohonan
Antara syarat-syarat untuk memohon wang ehsan MAIK adalah seperti berikut:
- Beragama Islam
- Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
- Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
- Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hukum syara’
- Pembelajaran adalah sepenuh masa
- Tidak menerima tajaan / biasiswa / elaun sara hidup daripada mana-mana agensi
Cara Semakan Bantuan MAIK
Anda boleh mengetahui status bantuan MAIK secara dalam talian. Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan:
- Layari laman web MAIK di pautan https://eagihan.e-maik.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Klik pada butang semak
Selain daripada pautan di atas, anda juga boleh membuat semakan melalui portal https://ssba.e-maik.my/. Status permohonan anda akan dipaparkan.
Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat membantu dan memudahkan urusan anda untuk membuat semakan secara online bantuan MAIK 2023. Semoga bermanfaat dan semoga permohonan bantuan MAIK anda diluluskan.