Semakan Tarikh Luput LKM

Dokumen penting yang diperlukan bagi pemilik kenderaan bermotor adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM), yang diperlukan untuk mendapatkan kebenaran dalam mengendalikan kenderaan di jalan raya. Dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan, adalah penting bagi setiap pemilik kenderaan mematuhi tarikh luput lesen mereka.

Untuk tempoh pembaharuan LKM pula dibenarkan selama dua bulan lebih awal dari tarikh tamatnya LKM untuk tempoh paling kurang enam bulan, namun tidak melebihi satu tahun. Sekiranya LKM kenderaan anda gagal diperbaharui selepas melebihi tiga tahun, kenderaan perlu dibawa ke Puspakom untuk mendapatkan laporan pemeriksaan kenderaan.

Untuk makluman, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilakukan oleh individu awam dengan menunjukkan insurans yang telah diperbaharui, dan jumlah bayaran akan ditentukan berdasarkan jenis kenderaan. Anda boleh membuat permohonan melalui ID orang awam di laman rasmi JPJ, serta mana-mana cawangan Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB).

Setiap pemandu perlu mengambil tanggungjawab penting dalam menjalankan semakan berkala terhadap tarikh luput lesen. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tentang bagaimana untuk melakukan semakan tarikh luput Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan bermotor.

Apa Itu Lesen Kenderaan Motor (LKM) ?

Cukai jalan yang juga dikenali sebagai Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Roadtax, merujuk kepada bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada pemilik kenderaan bermotor sebelum mereka dibenarkan untuk memandu kenderaan tersebut secara sah di jalan raya.

Cara Semak Tarikh Luput LKM

Untuk membuat semakan tarikh luput LKM secara online, anda boleh ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan seperti dibawah ini.

1. Sila layari laman web JPJ di https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen

2. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan anda dan juga nombor kenderaan anda.

Semakan Tarikh Luput LKM

3. Kemudian, masukkan kod sekuriti yang tertera.

4. Maklumat mengenai lesen kenderaan motor (LKM) akan dipaparkan

Anda juga boleh membuat semakan tarikh luput (LKM) menerusi aplikasi myJPJ. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:

  • Muat turun aplikasi myJPJ di telefon bimbit anda
  • Buka aplikasi myJPJ dan daftar akaun untuk pertama kali
  • Setelah mendaftar, log masuk akaun
  • Pada paparan menu utama, dibahagian Perlesenan Kenderaan. Klik pada Semakan Lesen Kenderaan
  • Sila masukkan no kad pengenalan dan no kenderaan pada ruangan yang disediakan
  • Anda juga boleh menyemak status Roadtax bagi pihak ketiga dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan No. Kenderaan mereka pada ruangan tersebut
  • Kemudian, klik hantar
  • Pada paparan tersebut, anda akan melihat butiran seperti Nama, No. Kad Pengenalan, dan No. Kenderaan. Di bahagian bawahnya, maklumat Roadtax seperti tarikh mula dan tarikh luput juga akan dipaparkan.

Leave a Comment