Rakyat Malaysia yang belum memiliki rumah dan berkeinginan untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan, berita gembira untuk anda. Jika anda adalah seorang rakyat Malaysia dengan pendapatan rendah, anda berpeluang untuk membuat permohonan perumahan PPR.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa maklumat mengenai permohonan perumahan PPR secara dalam talian dan juga maklumat lain yang berkaitan.
Apa Itu PPR ?
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan mengatasi masalah kekurangan perumahan. PPR dirancang sebagai Program Perumahan yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memenuhi keperluan perumahan dalam kalangan rakyat yang memerlukan. Program ini juga memberi keutamaan kepada golongan B40.
Jika anda berminat untuk memohon, permohonan perumahan PPR dibuka sepanjang tahun 2023 ini dan anda boleh mengemukakan permohonan melalui bahagian perumahan di setiap negeri di Malaysia.
Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPR
Jika anda berminat untuk membuat permohonan, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan sebelum mengemukakan permohonan anda.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan keseluruhan isi rumah perlu di bawah RM2,500.
- Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun
- Tidak memiliki rumah sendiri
- Sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri sebelum membuat permohonan. Sila rujuk negeri masing-masing.
Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online
Setelah anda mengemukakan permohonan, anda boleh memeriksa status permohonan anda secara dalam talian untuk mengetahui sama ada ia berjaya atau tidak.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti untuk membuat semakan:
- Layari laman web Semakan Status Permohonan PPR
- Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan
- Klik pada butang semak.
Ciri-Ciri Rumah PPR
- Rumah jenis teres sesuai untuk kawasan penduduk yang berada di pinggir bandar.
- Rumah 5 hingga 18 tingkat bagi penduduk kawasan bandarĀ
- Keluasan 700 kaki persegi atau lebih
- Mempunyai 3 bahagian iaitu, ruang tamu, tiga bilik tidur, satu ruang dapur, dan dua bilik air.
- Di kawasan perumahan ini, terdapat fasiliti asas yang disediakan seperti surau, tempat berniaga, dewan komuniti, dan tempat pembuangan sampah.