Semakan Status Permohonan Kad Pengenalan

Sebagai warga Malaysia, kita telah memahami bahawa setiap orang yang tinggal di sini harus mempunyai kad pengenalan untuk mengesahkan kewarganegaraan mereka. Kad pengenalan yang juga dikenali sebagai Identification Card (IC) adalah identiti rasmi yang diperlukan oleh setiap orang tidak kira asal usul mereka. Setiap negara memerlukan sejenis kad pengenalan yang bertujuan untuk mengesahkan identiti seseorang.

Bagi kita warganegara Malaysia, kad pengenalan juga dikenali sebagai MyKad. MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia dan kad ini wajib dimiliki oleh setiap warganegara Malaysia dan perlu dibawa ke mana sahaja.

Fungsi utama kad ini ialah sebagai kad pengenalan diri yang mengandungi maklumat seperti nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina, dan agama. Maklumat tersebut terpapar di luar kad bagi memudahkan pengesahan identiti seseorang.

Di negara kita, selain MyKad sebagai kad pengenalan diri, terdapat juga beberapa kad pengenalan lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Antara kad pengenalan lain ialah MyPR dan MyKAS.

Perbezaan MyKAD, MyPR Dan MyKAS

1.MyKAD

  • Pemegang MyKAD adalah seorang yang berstatus Warganegara Malaysia yang merujuk kepada penduduk yang bermastautin di Malaysia.

2.MyPR

  • Pemegang kad MyPR merupakan permastautin tetap berstatus Bukan Warganegara yang berkelayakan berdasarkan permit masuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

3.MyKAS

  • Pemegang kad MyKAS adalah seorang permastautin sementara Bukan Warganegara Malaysia. Kad pengenalan MyKas ini dikeluarkan kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan dan tempoh sah laku adalah 5 tahun daripada tarikh kad dikeluarkan.
Semakan status permohonan kad pengenalan

Semakan Status Permohonan MyKad

Langkah-langkah untuk membuat semakan permohonan MyKAD, MyPR, dan MyKAS adalah seperti berikut.

  1. Buka laman web sistem semakan permohonan
  2. Paparan utama Sistem Semakan Status Permohonan MyKad, MyPR dan MyKAS akan ditunjukkan kepada anda.
  3. Masukkan maklumat anda:
    • No kad pengenalan
    • Captcha (Captcha adalah untuk memastikan maklumat yang diisi adalah dari manusia, bukan robot)
  4. Tekan pada butang semak
  5. Sekiranya tiada sebarang masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem
  6. Seterusnya, sila lihat skrin status permohonan

Leave a Comment