Semakan Status Permohonan Dajah 1 Tahun 2024

Ibu bapa atau penjaga yang telah mendaftarkan anak atau jagaan mereka untuk masuk tahun satu pada tahun 2024 melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) boleh membuat semakan secara online untuk memeriksa keputusan penerimaan.

Pengumuman keputusan penerimaan murid untuk tahun satu pada ambilan tahun 2024 di seluruh negeri Malaysia dijangka akan dilakukan sekitar bulan Ogos/September 2023.

Pada 1 Mei 2023, pendaftaran untuk masuk ke Tahun 1 bagi tahun 2024/2025 akan dibuka bagi murid-murid yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Syarat Kelayakan

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

Semakan Keputusan Murid Ke Tahun 1

Tarikh rasmi bagi semakan keputusan penempatan murid tahun 1 ambilan sesi 2024 di seluruh Malaysia akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi. Oleh itu, Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan penempatan ke Tahun 1 di laman web https://idme.moe.gov.my

Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1

  • Tarikh keputusan penempatan pada 1 Oktober 2023.
  • Manakala untuk tarikh rayuan penempatan boleh dibuat secara atas talian bermula dari tarikh 1 Oktober 2023 hingga 30 Oktober 2023. Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem secara online sahaja dan keputusan juga melalui sistem.
  • Keputusan Rayuan : boleh disemak bermula pada tarikh yang akan dikemaskini

Perakuan Penempatan

  • Ibu bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online
  • Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secara fizikal ke sekolah
  • Namun salinan tersebut perlu dicetak dan disimpan dengan selamat oleh ibu bapa/penjaga untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
  • Ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut

Rayuan Penempatan

  • Permohonan untuk rayuan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem dan tiada proses rayuan manual.
  • Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/penjaga dilaksanakan
  • Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/penjaga dalam sistem yang sama
  • Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan.

Leave a Comment