Semakan SSP BSN

Jika anda menyimpan wang dalam Skim Sijil Simpanan Premium, anda mungkin ingin tahu bila tarikh keputusan cabutan untuk pemenang serta cara untuk memeriksa hasil cabutan secara online. Oleh itu, berikut adalah cara mudah untuk menyimpan wang di BSN SSP yang dapat kami kongsikan.

APA ITU SSP BSN ?

Sejak 1978, Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) telah menjadi salah satu skim simpanan yang diperkenalkan oleh BSN. Produk ini telah melalui pelbagai fasa perubahan untuk memenuhi keperluan pelanggan pada masa kini.

Antara tujuan utama SSP BSN ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan orang ramai menyimpan duit atau menabung bagi kepentingan masa depan mereka. Bukan itu sahaja, SSP BSN juga menawarkan pelanggan keuntungan hasil simpanan dan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah setiap bulan. Kejayaan SSP BSN dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan simpanan khususnya bagi golongan berkeluarga amat menarik perhatian.

TARIKH CABUTAN SSP BSN 2023

Cabutan SSP BSN bagi tahun 2023 diadakan lebih kurang sebulan, selepas bulan tersebut. Sebagai contoh, pemenang cabutan untuk bulan April akan diumumkan pada bulan Mei.

Boleh rujuk dibawah ini untuk senarai tarikh cabutan bagi setiap bulan.

BULANTARIKH CABUTAN
Cabutan BSN SSP Januari 2023FEBRUARI 2023
Cabutan hadiah ssp bsn Februari 2023MAC 2023
Cabutan Mac 2023APRIL 2023
Cabutan Bulan April 2023MEI 2023
Cabutan Bulan Mei 2023JUN 2023
Tarikh Cabutan Bulan Jun 2023JULAI 2023
Tarikh Cabutan Bulan 2023OGOS 2023
Tarikh Cabutan Bulan 2023SEPTEMBER 2023
Cabutan September 2023OKTOBER 2023
Tarikh Cabutan Bulan Oktober 2023NOVEMBER 2023
Tarikh Cabutan Bulan November 2023DISEMBER 2023
Tarikh Cabutan Bulan Disember 2023JANUARI 2024

SEMAKAN SSP BSN

Untuk membuat semakan senarai pemenang cabutan SSP BSN, anda boleh menggunakan pautan ini https://www.bsn.com.my

CARA UNTUK SEMAK KEPUTUSAN SSP BSN

Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk membuat semakan keputusan SSP BSN. Antaranya ialah :

1. SEMAK SSP GUNA MyBSN

  • Buka portal MyBSN
  • Ada dua pilihan bahasa iaitu English dan Bahasa Malaysia
  • Pilih Bahasa Malaysia supaya lebih mudah untuk difahami
  • Anda masuk bahagian Semak Keputusan BSN Sijil Simpanan Premium
  • Terdapat dua pilihan iaitu :
    • Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
    • Semakan melalui Nombor Sijil
  • Jika anda tidak ingat Nombor Sijil, boleh pilih Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Sijil dan klik Hantar
  • Sekiranya anda adalah salah satu pemenang SSP, keputusan akan dipaparkan

2. SEMAKAN SSP DI CAWANGAN BSN

  • Anda boleh hadir ke cawangan kaunter BSN terdekat dan membuat semakan dengan pegawai yang bertugas untuk memeriksa maklumat yang diperlukan.

3. SEMAKAN SSP DI FACEBOOK BSN

  • Jika anda kurang mahir dalam membuat semakan secara online, cara lebih mudah anda boleh lihat pengumuman pemenang cabutan melalui laman Facebook BSN.

Leave a Comment