Semakan Slip Muet Online Dan Permohonan Pertukaran Pusat Ujian 2022 . Semakan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Selain itu, permohonan pertukaran bagi pusat ujian MUET juga boleh dilakukan secara dalam talian pada tarikh dan masa yang sama.
Berikut dikongsikan pautan cara untuk membuat Semakan Slip Muet Online Dan Permohonan Pertukaran Pusat Ujian 2022 .
Semakan Slip Muet Online (MUET/D)
Untuk membuat semakan MUET/D , sila ikuti langkah berikut :
- Klik pautan Portal Rasmi MPM = http://webmpm.mpm.edu.my/menu_muet/index.php
- Pilih Semak Pendaftaran MUET (Cetak MUET/D).
- Tekan “CETAK” untuk mencetak slip tersebut.
Permohonan Pertukaran Pusat Ujian MUET
- Perpindahan dari satu pusat ujian itu adalah terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan.
- Calon hendaklah memohon secara dalam talian melalui = http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register
- Permohonan perpindahan pusat ujian adalah untuk Semua Kertas.
- Bayaran perpindahan pusat ujian MUET akan dikenakan sebanyak RM25.00 dan dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.
- Tarikh permohonan pertukaran pusat ujian secara dalam talian pada :
i.) 16 hingga 22 Februari 2022 bagi MUET Sesi 1 tahun 2022.
ii.) 10 hingga 17 Mei 2022 bagi MUET Sesi 2 Tahun 2022.
iii.) 30 Ogos hingga 5 September 2022 bagi ujian MUET Sesi 3 tahun 2022. - Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskini di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup.
- Rujuk Panduan Pendaftaran Calon di portal MPM atau pautan terus di = https://www.mpm.edu.my/muet/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon
Maklumat Lanjut
Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
- Telefon : 03-6126 1600
- Faks : 03-6136 1488
- E-mel : ppa[at]mpm.edu.my
- Laman web : https://www.mpm.edu.my/
- Facebook : https://web.facebook.com/MajlisPeperiksaan/?_rdc=1&_rdr