Bagi anda yang ingin memilik lesen memandu, langkah pertama yang perlu diambil adalah menduduki kursus Pendidikan Pemandu (KPP). Setelah itu, anda akan menduduki ujian teori undang-undang menggunakan komputer dan kemudian ujian praktikal.
Sekarang JPJ telah membangunkan sistem online yang membolehkan anda mengaksesnya pada bila-bila masa. Sistem ini dikenali sebagai MyJPJ. Ia memudahkan anda untuk menguruskan urusan JPJ. Dengan aplikasi ini juga, anda dapat memeriksa keputusan ujian secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ.
Aplikasi MyJPJ menyediakan banyak fungsi dan kemudahan bagi pengguna. Antara kemudahan yang ditawarkan adalah:
- Semakan keputusan ujian memandu.
- Pembayaran cukai jalan.
- Semakan rekod kenderaan.
- Semakan status lesen memandu.
- …. Lain-lain
Cara Semak Keputusan Ujian Memandu
Sebelum anda membuat semakan, langkah pertama adalah memuat turun aplikasi MyJPJ. Anda boleh memperoleh aplikasi ini secara percuma dari Google Playstore untuk pengguna Android dan dari App Store untuk pengguna iOS (iPhone).
Jadi, pastikan anda memuat turun aplikasi MyJPJ dahulu sebelum memulakan proses semakan. Dengan aplikasi ini, anda akan mempunyai kemudahan untuk mengakses perkhidmatan JPJ dengan lebih mudah dan pantas.
Berikut adalah langkah-langkah untuk semak keputusan Ujian yang boleh anda ikuti:
- Sila buka dan log masuk aplikasi MyJPJ
- Pada laman utama, tekan pada Semakan Keputusan Ujian.
- Seterusnya, isikan nombor kad pengenalan anda diruang yang telah disediakan
- Anda juga boleh menyemak keputusan ujian memandu bagi pihak ketiga dengan masukkan no kad pengenalan mereka pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, klik pada Hantar
- Ia akan memaparkan maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan.
- Di bawah maklumat peribadi, aplikasi MyJPJ akan menunjukkan keputusan ujian memandu yang telah anda ambil. Contohnya, ia akan memaparkan keputusan seperti PSV, LDL Komputer, dan lain-lain.
- Maklumat yang dipaparkan adalah tarikh ujian, lokasi ujian, kelas lesen dan keputusan ujian tersebut.
Sekarang, anda hanya perlu memuat turun aplikasi MyJPJ untuk menikmati kemudahan yang ditawarkan. Dengan akses mudah melalui aplikasi ini, urusan berkaitan JPJ akan menjadi lebih lancar dan praktikal.