Semakan Keputusan PSPM 2023

Untuk semua pelajar Matrikulasi yang ingin membuat semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Matrikulasi bagi sesi tahun 2022/2023. Kini, anda boleh semak keputusan mengikut ketetapan hebahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti yang telah dinyatakan iaitu pada 7 Julai 2023 bermula jam 10.00 pagi.

Di bawah ini kami kongsikan bagaimana cara untuk membuat semakan keputusan PSPM yang dapat memudahkan urusan anda. Semoga membantu.

Cara Membuat Semakan Keputusan PSPM

Untuk memudahkan pelajar dan ibu bapa, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui beberapa kaedah. Namun, perlu diingatkan bahawa semakan keputusan hanya boleh dilakukan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1. Semakan Secara Online

Untuk membuat semakan secara online, ikuti langkah-langkah seperti berikut:

2. Semakan Melalui Telefon

Merupakan cara yang paling mudah yang boleh anda gunakan untuk semak keputusan PSPM.

  • Anda boleh menghubungi terus kolej masing-masing atau menghubungi sektor Pengurusan Peperiksaan, Bahagian Matrikulasi KPM melalui talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020.

3. Semakan Melalui Kolej

Boleh diterima daripada edaran slip keputusan peperiksaan

Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan

Berikut adalah beberapa maklumat tentang cara untuk membuat semakan semula keputusan PSPM kepada calon-calon yang berminat:

Jika anda ingin membuat semakan semula keputusan PSPM untuk Semester II & IV, Sesi 2022/2023, anda perlu mengajukan permohonan tersebut melalui kolej masing-masing.

Bayaran untuk setiap kursus semakan semula adalah sebanyak RM50.00. Sila ambil perhatian bahawa caj dan cukai bagi kiriman wang atau draf bank tidak termasuk dalam jumlah ini.

Anda boleh memohon semakan semula mulai dari hari keputusan PSPM Semester II & IV, Sesi 2022/2023 diumumkan, iaitu pada 7 hingga 20 Julai 2023.

Untuk makluman, permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Tarikh akhir penerimaan di kolej mungkin berbeza bergantung kepada keputusan pengurusan kolej masing-masing.

Leave a Comment